July 17, 2013

Sehingga Ramadhan 7



Assalammualaikum.
Semoga semua sentiasa berada di dalam rahmat dan keredhaan Allah
dan keberkatan ramadhan terus-terus menyinari hari-hari kalian
amin.


Gitooooo
intro entry soooooo bulan puasakan
kalah seorang ustajah!
;p



Sekejap je kan ramadhan dah masuk hari ke-8
selesai sudah seminggu terawal
semoga semangat seminggu ini akan di carry forward hingga ke ramadhan terakhir
jangan tengah jalan
jadi ramadhan yang hilang plop
eh



"Ibadah itu rahsia hambaNya dengan Pencipta"
cukuplah sekadar kita katakan di sini
bulan ramadhan penuh dengan masa-masa beribadah yang kita pertingkatkan dari hari-hari biasa
jenis ibadah tentulah solat-solat sunat
amalan bersedekah
dan memperbanyakkan sifat-sifat mulia dan meninggalkan sifar-sifat keji
berapa banyak ibadah yang dibuat saban hari
biarlah hanya kita dan Allah
takot dan bimbang jika timbul sedikit rasa takbur dan riak di situ
ponaaat je buat amalan
habuk pon tak dapat



melalut seperti ustajah lagi
=,="
*tampar muka sendiri*



selain ibadah
menu-menu berbuka pelbagai rupa juga merupakan topik hangat yang dibualkan sepanjang bulan puasa ni
itu antara nikmat yang Allah dan susun kepada orang-orang yang berpuasa
iaitu KEGEMBIRAAN ketika berbuka dan bersahur
^____________^



Alhamdulillah
Hingga hari ke 7 semalam
penulis dan suami masih berbuka dan bersahur di rumah
masih berbuka dengan hasil masakan sendiri
dan masih tidak terbuka selera untuk membeli lauk-pauk yang ditawarkan di bazaar-bazaar ramadhan sekitar rumah
kalau ke bazaar pon 
hanya mencari kuih-kuih manis pemanis mulut 




WHY?


sebab baby dalam perut tak suka makan luar
sebab baba kepada baby tak punya selera lauk-lauk masakan luar
sebab ibu kepada baby jugak memang dari dulu tak pernah beriya dengan lauk-pauk berbuka
cukup sekadar ada dan kena pada tekaknya



Alhamdulillah 
macam mana letih macam mana sakit hatihadap jalan jem saban hari
saya sebagai isteri comot ni
masih dibekalkan Allah tenaga dan semangat
untuk masuk ke dapur dan menyediakan juadah berbuka untuk suami dan adik ipar
semua urusan dapur setiap hari dipermudahkan
syukur.




TAK PENAT PON MEMASAK
ini serius!
walaupun korang baru je balik dari kerja
dengan jem supa beruk tu
TAK PENAT
percayalah
sebab Allah bantu para isteri ni
dan bila si suami ucapkan terima kasih selepas kekenyangan berbuka
semua rasa penat tu akan hilang serta merta
siap Allah selitkan lagi kegembiraan yang tak tergambar dalam hati ni
InsyaAllah 
Allah akan bantu





Okaylah
meh nak share menu-menu sepanjang 7 hari ni
saya masak benda yang simple-simple je
kuantiti pon tak banyak
cukup untuk berbuka dan bersahur
TAKNAK sangat membazir
sebab tahu sangat dah
kalau ada lebihan lauk dari sahur tu
memang tak akan makan dah
terperap je dalam peti sejuk tu
lepas tu at last akan buang jugak
kan kan kan kan




Panjangnya intro kali ini
=,="
*tumbuk muka lagi skali*



RAMADHAN 1


MENU:
Rendang Ayam + Telor Dadar

AIR:
Teh Ais + Air Tebu

KUIH:
Tepung Pelita + Kuih Cara



RAMADHAN 2


MENU:
Sambal Petai Udang +Telor Dadar

AIR:
Teh Bunga

KUIH:
Onde-onde + Kuih Cara



RAMADHAN 3


MENU:
Ikan Cencaru Mandi Cili


AIR:
Soya + Air Kelapa


KUIH:
Tepung Pelita + Kuih Sagu



RAMADHAN 4


MENU:
Nasi Tomato + Ayam Masak Merah


AIR:
Sirap Laici


KUIH:
Onde-Onde



RAMADHAN 5


MENU:
Daging Masak Kicap by Husband + Sup Sayur


AIR:
Teh O Ais



RAMADHAN 6


MENU:
Sambal Telor + Kacang Botol Goreng Cili


AIR:
Air Markisa + Sirap Bandung


KUIH:
Tepung Pelita + Onde-Onde



RAMADHAN 7


MENU:
Ayam Masak Kurma + Sambal Belacan Pecah Telur Rebus


AIR:
Air Markisa





.......................................................................................................................................


SEKIAN!



Hari ni saya dah blur nak masak apa
ingat nak berbuka makan PENGAT PISANG je ni
auuummmmm
^____________^





3 comments:

Yaya Ayarus said...

kita share kita mengajak, bukan takbur bukan riak,
semoga kita sama2 tidak tergolong dalam golongan itu
indahnyaa ramadhan bersama suami kann :)

Jalaks said...

dasat nye menu ... hahaha .. still got the blues with blog rite .. ~ memen pon dah susah nak menaip dah .. ~ ekekeke ..

Eima Jer said...

Yaya:

atas niat masing-masing yaya. saya elak sbb iman xcukup kuat nak tepis benda yang terlalu halus libatkan hati ini. al-maklumlah baru berjinak.

semoga semua dibawah rahmat Allah selalu.

^______^
share dengan list down tu lain
list down tu yg sy seram
HAHAHAHAHA


MEMEN:

Takde dasyatnye memen. awak tu lagi pandai masak ;)
HAHAHAHA lama-lama nanti sy percaya all lagend bloggers akan kembali kpd keyboard dan belog. bila semua dah bosan dengan dunia fb, twitter n bla bla bla. blogging tu lebih halus seni dan ikatan persaudaraannya. ;)