May 23, 2014

Adab Sebagai Pembeli


Pagi tadi singgah beli kuih
lepas hantar anak ke rumah Toksu


masa tengah tunggu duit balance tu
ada seorang pakcik ni datang nak beli nasik lemak
selesai kakak ni bungkus nasik lemak dia
dan bagitau harga semuanya
pakcik ni keluarkan duit RM50
lepas tu CAMPAK kat tepi meja tu
padahala si kakak penjual ni
penuh lemah lembut antonasi suara
dan siap menghulurkan tangan untuk menerima duit
dan kenapa kena baling ke tepi meja??


sebab duit pakcik besar ke?



sebab pakcik nak jaga aurat antara lelaki dan perempuan ke?


atau pakcik rasa harganya terlalu mahal?



sumber: google


Hmmmm aku yang kat sebelah ni
memang popup banyak soalan kat kepala



KENAPA PERLU MACAM INI?



Dulu aku tak pernah amek kisah pon hal sebegini
sebab aku tak pernah berada di tempat seorang PENJUAL
tapi sejak aku mengenali suami aku since 2006
banyak aku belajar perasaan seorang penjual
sebab suami dan family punya background peniaga
ada business kecil-kecilan


Dan sejak tu
aku sentiasa diajar oleh suami bagaimana menjaga adab kita sebagai seorang pembeli
apabila kita berhadapan dengan penjual



penjual juga manusia
ada perasaan
jangan dibaling di duit
jangan dicampak duit ke atas meja 
bila kita membuat urusan jual beli
Islam ajar kita adab sopan sesama manusia
kan?



pernah tak kita fikir
penjual yang kita hulurkan duit tu
sebenarnya lagi KAYA dari kita yang sedang pegang duit dengan lagaknya
lalu campak ikot suka atas meja
haishhhhh




apa salah kita hulur secara baik
apa salah kita hulur dengan lemparan senyuman
akad jual dan beli
kan lebih manis


tak besar mana pon duit kita tu



lagi satu
suami selalu marah aku
kalau aku camuk/sepahkan baju dalam mall
masa busy memilih


dulu-dulu masa zaman bercinta
kemain lagi eksyen aku ni
siap kata
"biarlah, kan ada staf dorang lipatkan nanti"


akibatnya kenalah tazkirah panjang lebar dari suami
dia selalu pesan kat aku
kenapa nak sepahkan yang berlipat sedangkan dah digantung yang contoh
sama sahaja
kalau takde baju contoh yang digantung
kenapa tak dilipat balik apa yang diceraikan dari lipatan
promoter tu jugak manusia
bukan robot
T________________T


so sekarang memang insaf
kalau nak tengok baju ke seluar ke
cari yang display dulu
hahahaha
takot nak kasik camuk



berbalik kepada hal 'mencampak duit' tadi 



dulu pernah tolong keluarga suami berniaga
dan memang pernah facing situasi ni
customer yang suka campak-campak duit
ada yang mulut celupar kata itu kata ini
ada yang jenis tawar menawar dengan extreme sambil campak duit ke meja


memang melukakan
rasa terhina!



sejak hari tu
selalu faham apa perasaan para peniaga/penjual
dan macam mana pon mood kita swing 
akan sentiasa bagi senyuman yang terbaik
ketika urusan jual beli dilakukan



sebab bila customer cakap 'terima kasih' 'saya beli' lepas tu sedekahkan senyuman
tahukah anda sebagai seorang peniaga
hatinya sangat girang dan senang lenang



membuat sekeliling itu bahagia juga adalah salah 1 ibadah bukan?



semoga kita menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang
amin.






No comments: