June 24, 2016

Bahasa Jiwa #48



Tahun bergerak ke tahun tiga
Yang mana makin menghampiri empat
Rasa itu masih sama
Sayang yang menebal
Cinta yang sentiasa mekar
Gelak tawa berdekah
Air mata paling pedih dicurah
Senyum paling manis diukir
Semuanya masih sama
Masih berdua



Masih berdua 
Masih sabar yang sama
Bersama jiwa yang diadun menjadi padu dan tepu
Dalam persediaan merempuh onak hidup
Yang Allah pilih
Yang Allah tetap
Yang berdua kami perlu hadap




Masih berdua
Dan masih kuat.



 

No comments: