October 13, 2016

12.10.2016- Selamat Setahun Ria Emir Muhammad Errizal







12.10.2016
Alhamdulillah genap dah SETAHUN RIA anak bongsu Ibu Baba
eh eh eh bongsu ke?
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
InsyaAllah bongsu la kot
^_______________^



Kami sambut birthday Emir secara sederhana ja
memang dah plan dari awal nak sambut dengan anak anak jagaan Mamaros, pengasuh Aaron dan Emir.
Lepas mintak izin tuan rumah dan mereka pon super eksaited
saya dan suami plan la apa yang patut sikit sikit semampu kami 
budget ciput je uols
tapi penuh dengan sentimental value



Emir masih baby lagi
buat masa ni adik kenai didi & friends je
bila nampak cake didi
kemain eksaited dia
HAHAHAHAHAHAHA
eksaited seketul Emir maknanya super hyper la tangan tu nak penyetkan kek tu
=,="
 penat nak kawal tangan kecik tu


 Jom layan gambaq yang dok ada
tak banyak pon
cukuplah buat simpanan untuk hari hari tua nanti



Maaflah doorgifts tu comot sket sebab tangan ibu tak kreatif lansung
kahkahkah




Inilah budak yang dah setahun ria tu
kemain eksen makan ayam guring sorang dia
HAHAHAHAHAHAHA
habis pulak tu


Muka ada calit biru tu sebab sempat jugak dia penyetkan kek dengan tangan kecik tu
hahahahahaha selamat la sikit je




EMIR MUHAMMAD ERRIZAL
Bila dah boleh membaca nanti
jangan malas jalan jalan blog ibu ni
InsyaAllah kat sini akan banyak lagi ibu catitkan 
moment moment berkasih sayang kita sekeluarga
buat kenangan ibu di hari tua nanti


Doa Ibu, anak ibu sihat, membesar dengan girang sihat bijak dan soleh
Sentiasa bersyukur dengan apa yang punya kita hari ni
Jangan angkuh Jangan takbur
Baik dengan semua orang tau!



Ibu Baba ni tak punya harta berjuta
Apa yang baik-baik yang ada pada kami berdua
Adik & Abang kutiplah
Ikut dan terap dalam diri
Dan bawa kebaikan tu sampai ke mati


Dan apa yang buruk buruk tentang kami
Jangan sesekali ambil dan ikuti
Buang jauh jauh dan anggaplah ianya kekurangan kami



InsyaAllah
Selagi nyawa dikandung badan
Baba tidak akan pernah jemu mentadbir keluarga
Dan ibu tidak akan kenal erti penat menjaga semua perkara tentang kita sekeluarga
Doa ibu dan baba tak pernah sesekali tidak mengiringi setiap saat kehidupan kamu berdua



Maaf untuk apa yang tidak lengkap
Terima kasih untuk kasih sayang yang Allah hadirkan melalui kalian berdua



SELAMAT SETAHUN RIA ANAK IBU




 

1 comment:

Norliza Nordin said...

Selamat hari lahir emir.. moga membesar dengan sihat dan bijak ye.. aunty liza terliur laa nengok kek tu.. :p