October 17, 2016

#EJKitchen : Asam Pedas Melaka Daging Tetel




SEDIKIT PERINGATAN: Penulis bukanlah orang negeri selatan Malaysia. Tapi penulis adalah salah seorang penggemar asam pedas melaka. Jadinya saya belajar untuk mahir memasak masakan yang saya suka. KIHKOHKIHKOH. 
RESEPI adalah olahan penulis mengikut kehendak tekak beliau. Maaf kalau tak sama dengan resepi turun temurun keluarga anda ;)


BAHAN-BAHAN
  1. Daging tetel yang dah dipotong dadu (nak guna daging biasa or tulang pon boleh)
  2. 1 batang bunga kantan
  3. 1 cekak daun kesum
  4. 20 biji cili kering (dipotong dan direbus lembut)
  5. 2 biji bawang besar
  6. 1/2 inch belacan
  7. 2 batang serai (1 dititip & 1 lagi diricih halus)
  8. 1 inch halia
  9. 1/2 inch lengkuas
  10. Asam jawa adabi
  11. Garam
  12. Ajinamoto
  13. Minyak untuk menumis

CARA-CARA MEMASAK

  •  Blend Cili+Belacan+Halia+Lengkuas+Serai yang diricih halus+Bawang Besar+Batang bunga kantan diricik+3-4 tangkai daun kesum (cara saya buat laksa or asam pedas untuk rasa, bau dan kepekatan yang lebih aummmm)
  • Panaskan minyak untuk menumis dan tuang semua yang dah diblend tu. 
  • Biarkan bahan bahan tadi merebus dalam periuk tu sampai pecah minyak, naik bau yang haishhhhh la sedapnya bau dan pekat.
  • Masukkan daging yang dah dipotong dadu tadi dan biarkan air daging tadi sebati dengan bahan tumisan kita tadi
  • Masukkan air mengikut kesesuaian.
  • Masukkan garam, ajinamoto dan air asam jawa ikot kesesuain
  • Kacau dan biarkan mendidih sampailah daging tu lembut dan empuk
  • Jangan lupa masukkan bunga kantan yang telah dibelah 2 atau 4, daun kesum dan serai yang dah dititip
  • Biarkan mendidih hingga pekat. Sambil sambil tu rasalah untuk pastikan rasanya sebati ikot tekak sendiri. Iyelah ada orang suka masin lebih ada org suka masam lebih ada org suka pedas lebih. So adjust la sendiri okay. Saya pon asyik panggil suami mai tolong rasa sebab saya ni tak makan masin sangat tapi suami pulak makan masin. So ikot je tekak dia sebab memang masak pon nak serve dia. Ye dok.
  • Semua rasa dah perfect, bolehlah hidangkan dengan nasi putih dan telor dadar. Sudah. Tak payah menu banyak banyak. Nanti feel asam pedas tu hilang. HAHAHAHA

Resepi Asal: Kami google ja yang mana gambaq depa paling menawan
Olahan: EJKitchen



1 comment:

International Directory Blogspot said...

Hello ! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
++++++
Hello! hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
hormatnya
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/