January 09, 2017

AYAM MASAK KICAP VERSION DIET


Weekend lepas berlakunya perkara yang maneh dalam hidup sis dan suami
Dapat tolong stranger yang dalam kesusahan
Tolong guna kudrat yang kami ada
Kongsi rezeki sama-sama


Macam-macam keajaiban lepas tu Allah hantaq
sis dan suami rasa bahagia sangat weekend hari tu
jadinya sis nak share resepilah kat blog usang sis ni



Kalau ada yang masak guna resepi ni
jangan lupa kirimkan doa buat sis dan suami
mohon Allah murahkan rezeki kami sekeluarga
juga rezeki korang kehhhh
Amin
Alhamdulillah


AYAM MASAK KICAP VERSION DIET 


 BAHAN-BAHAN:
  • Ayam yang dicuci besih
  • Brokoli yang dipotong sederhana besar
  • Tomato Cherry
  • Carrot dipotong panjang
  • I biji bawang holland diblend
  • 1 biji bawang holland dipotong bulat-bulat
  • 1 senduk cili kisar
  • Kicap
  • 1-2 sudu sos tiram
  • 2-3 sudu sos blackpepper 
  • 1-2 sudu serbuk blackpepper
  • 4 sekawan
  • 1 inci halia dipotong halus
  • 2-3 ulas bawang putih dimayang halus
  • Bancuhan air tepung jagung

CARA-CARA:
  1. Panaskan 3 sudu minyak [boleh guna olive oil kalau yang extreme nak diet]
  2. Tumiskan 4 sekawan bersama halia dan bawang putih yang dimayang halus 
  3. Masukkan bawang holland yang dikisar. Biarkan ke semua bahan kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan cili kisar. Kacau dan biarkan pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, sos blackpepper dan serbuk blackpepper
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  7. Masukkan ayam dan gaul. Tutup sekejap dalam 5 min biar air ayam tu keluar dan sebati dengan bahan-bahan yang ditumis tadi
  8. Masukkan air kosong dalam 2 gelas
  9. Masukkan kicap manis hingga mendapat warna seperti di atas
  10. Kacau sebati dan biarkan mendidih dan sebati dengan ke semua bahan. 
  11.  Tutup kuali dengan penutup agar ayam betui2 masak dan sebati dengan kuah.
  12. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk mendapatkan kepekatan kuah yang dikehendaki.
  13. Masukkan tomato cherry, brokoli,carrot dan hirisan bawang holland.
  14. Kacau sebati
  15. Biarkan dalam 5min kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan 

SELAMAT MENCUBA SEMUA!


P/S: Kenapa version diet? HAHAHAHAHAHA sebab kurang minyak dan konsepnya rebus sahaja! Tapi jaga jaga boleh pergi jauh jugak nasik tu kalau tak kawal. Ngeh Ngeh Ngeh

 

No comments: