May 25, 2009

Kepuasan Para Wartawan


Cinta Tiga Segi(Bukan sekadar gambar tatapan)

Dah baca paper hari ni?? Walau hal ni takde kaitan dengan aku, nak jugak aku ulas sebab aku sangat touching dengan hal yang menimpa isteri ustaz rock kita ni.


Maka,
Terfail sudah permohonan penceraian dari si isteri yang setia kepada sang suami yang ntah kenapa berubah tak semena-mena. Tahniah para wartawan! Propaganda yang anda semua cetuskan telah berjaya mengguris hati si isteri setia ini hingga teruntuhnya istana yang dibina.


Hati isteri mana yang tak terguris bila satu Malaysia bercerita perihal sang suami tercinta. Simpati dan simpati aku kepada si isteri yang pedih terluka dengan kehadiran pihak ketiga.
Mulia sungguh hati beliau kerana sudi membuka hati memberi keizinan untuk si suami berkawin lagi tapi mengapa anda tidak pulang wahai suami??


Kesian si anak-anak yang dicaci tentang ayahnya di sekolah sampaikan perlu kepada perpindahan sekolah. Ramaikan hati yang telah terluka hanya kerana hadirnya cinta yang baru?? Aku sangat hairan..


Kenapa suami masih mahu menduakan isterinya sedangkan sejarah banyak memperlihatkan perpecahan keluarga yang amat dasyat bila sang suami ingin berkahwin dua. Anak-anak hilang punca, si isteri memendam rasa, rasa hormat dalam keluarga makin punah.


Kenapakah lelaki begitu tamak akan kasih sayang???
Ya. anda mampu
Ya.itu sunnah
Tapi itu bukan alasan kepada perpecahan sebuah keluarga


Ustaz kah beliau di hati semua bila sudah 3 bulan tidak pulang ke pangkuan isteri??Bertapakah??
Grrrr aku benci lelaki yang tamak akan kasih sayang.
Boleh tak pikir anak-anak wei???


Eima Jer: Maaf, aku teremosi. Ya, aku memang mengalir air mata membaca kenyataan si isteri dalam paper pagi ni. Air mata lagi laju bila membaca kenyataan berkaitan anak-anak yang sering diejek rakan-rakan di sekolah dan si ayah hilang ntah ke mana. Ustaz kah lagi anda di mata saya??

3 comments:

Drunbella Khoo said...

uh ak pun turut simpati dgn nasib isteri beliau. wuu~

Fairuz said...

aku lelaki baik..

sekian

~

Eima Jer said...

bella:
memang ang meghoyan la klu tak simpati

apai:
ye apai, kau lelaki paling baek.