May 26, 2009

CHETTY KECHIK


cam seram lak aku tengok..=.=


Aku nak story pasai mimpi aku malam tadi sebab agak panjang storynya. Sila klik pangkah kalau malas nak baca. Hahahaha

Aku tidoq awai malam tadi. Memang syurga! Hmm awai bagi aku adalah seawal jam 9 malam. Harap maklum! Hahahaha masa tengah feeling2 nak tidoq tu, ada 2 call masok. Aku saja malas nak angkat, hahaha sebab feel aku nak tidoq sangat2 high dah tu. Dan, aku tau jugak yang ada sms masuk lebih kurang 4 sms tapi aku tetap malas nak p bukak baca. Maap kepada pihak yang terlibat. =.=

Malam tadi sampai ke pagi aku mimpi classmates aku masa aku form 4&5 lu. Bebudak 5 Mekanikal 3 Batch 02/03 SMT TARP, Penang. Maaf xde gambau yang nak aku paste.

Haish,
Ntah jadi makhluk apa dah la korang semua erkk. Lama gila tak jumpak! Hmmm tetibe rasa macam nak wat reunion plak. Bukan apa, budak-budak kelas aku ni pemalas. Nak sapu sampah pon malas, ni kan plak nak plan2 reunion ni. Lagi la malas!! Aku masak dah. Kan aku ni chetty kechik mereka yang berwibawa. =)

5 tahun dah berlalu tapi alhamdulillah aku still tak lupa dorang ni semua sebab dorang memang classmates yang paling best yang penah aku ada. Sampai la aku buat degree ni pon, dorang masih da best classmate yang aku ada.

Gosh!!
Rindu dorang sangat la. Tapi kena jalankan program diet dengan lebih tekun sebab aku tau sure dorang pulun kutuk aku kalau tengok aku yang agak debab skrg ni. Hahaha langkah berjaga-jaga.

Kenangan:


SATU
Paling aku tak boleh lupa kami buat bbq kat waterfall mana ntah la dorang semua pi bawak aku sempena bbq last before spm. Dalam hutan plak tu, dah la pompuan kelas aku 4 orang ja pon. Rasa macam bakal nak kena rogol beramai-ramai ja. Ajak guru kelas kami, haram beliau tak mai. Dah tu, aku student yang mai paling lambat sebab aku dari hometown kot. Bf tercinta masa tu punya pulun tunggu aku kat jeti sampai berjam-jam lamanya. Hahaha punya pulun sayang la masa tu, sanggup! dari jeti p tempat bbq tu, punya lebat hujan. Pakai baju hujan sambil naik moto.Hahaha memang macam iwan dan amelina dok pulun nyanyi lagu memori daun pisang woooo. Sampai kat sana, kena plak redah hutan sambil hujan renyai2 sampai selipar aku putus laaa punya tragis. Tapi tak plak bf kesayangan ketika tu dukung aku ke hape. Hahaha dalam hati mengharap gak..gatai! sebab tu becerai awai..hahahaha sambung balik, sampai kat tempat bbq tu aku dah separa lokoih n bf lak memang lokoih abes. Tapi heaven wooo sejuk2 dapat layan bbq panas-panas.

Dan aksi lucah pon bermula bila dah semua kenyang, semua yang berjantina lelaki mula terjun mandi-manda tak hengat tanpa berbaju. Memang tak malu. Aku yang ketika itu masih suci hatinya terasa sedikit malu-malu kucing melihat para lelaki idaman kelasku ini mandi-manda. Yang kurus ada, yang kering ada, yang boncit ada, yang berbulu2 pon ada. Hahahaha
Hencem sunggoh classmates aku =.=


DUA
Lawatan ke USM.
Hahaha ni la lawatan yang paling bodoh yang pernah kami pergi. Ye la, dah xde U lain ke nak pergi. USM yang sekangkang kera dari skolah aku tu la yang nak p buat lawatan. Masa ni aku hengat lagi, hati ni membara sebab dengki classmates aku yang dok outsider semua sedang merancang untuk ponteng skolah sbb tak mau p lawatan tersebut. Aku ni insider, kompem2 tak boleh join. Grrrr tapi dalam hati masih berbunga sebab berjaya buat drama bagi bf datang jugak walaupun dari ekcik sampai ke besaq dia memang dok ulang-alik p USM tu. Hahaha drama aku berjaya =) tapi bercerai awai jugak! Hahahaha


TIGA
Time Pendidikan Jasmani (PJ)
Hahaha sesi pembelajaran yang memang menindas kaum wanita. Pasai apa aku cakap macam tu?? Sebab deret kami be4 tak boleh PJ tapi kena jadi tukang tengok bebudak lelaki kelas aku main bola. Alasan cikgu PJ aku, korang semua sikit sangat. Susah.
Hmmm sebagai student pompuan yang paling terbantut kat kelas aku tu, aku sentiasa dibuli dengan pelbagai kerja.
Contohnya, menjaga dan memegang wallet2 mereka yang kepam!! Seyes, masih terngiang lagi bau tersebut. Hahahaha dan upahnya, coklat sneakers pada setiap hari jumaat =). Tapi aku benci kepada sesiapa yang bagi kat aku coklat cadburry(xhengat nak eja) sebagai upah sebab aku tak makan coklat tu, mak aku tak bagi dan yang untung kawan-kawan dorm aku tu iaitu c gina,ana,dayat,kak bo dan adik aku ajim.


EMPAT
Sesi Kelas Bahasa Melayu by Cikgu Zafrun Nisah
Hahaha ni kenangan paling syurga. Sebab apa, cikgu BM kami ni memang sangat sayang aku. Budak2 kelas aku kata aku kuat bodek beliau tapi aku tau semua tu hanyalah kata-kata berbaur dengki. Hahaha nak tau pasai apa beliau sangat sayangkan aku?? Sebab classmates aku ni senget, bila peksa ke ujian ke mai kat subjek BM markah dorang emmang best laaa iaitu 50 ke bawah tapi bila mai kat subjek English, majoriti score A. Mana la makcik tu tak naik hangin!!
Aku je yang maintain cool dapat high mark sebab aku pandai BM ja tapi BI tak brapa nak pandai sangat. Tiap2 kali kelas BM ja, memang aku akan dikutuk kaw2 oleh mereka-mereka semua di atas segala puji-pujian cikgu aku kepada si comel ni iaitu aku! Hahahaha


LIMA
Anugerah Kelas Terkotor pada hampir setiap minggu
Demn laaaa, memang kami sangat pemalas kemas kelas. Dah tu, pompuan2 kelas aku lak memang jenis slumber macam aku. Stakat dapat anugerah kelas terkotor tu apa la sangatkan? Janji semua penghuni2 kelas tu maintain handsome, smart, comey n cantik bagi yang perempuannya. Hahaha mula2 aku rajin gak nk kemas2 kelas tu, jaga nama la konon n belakon rajin sket sebab masa tu aku xde bf lagi, tapi bila yang lain buat bodoh aku pon terpengaruh laaaa. Hmmm diingatkan semula, aku bukan tak rajin tapi aku sering dipengaruhi oeky dengan kemalasan mereka-mereka.


ENAM
Membuli Teacher English yang aku pun tak tau la sengal beliau tahap apa
Yess, english nye class memang subject kegemaran kami sekelas sebab teacher english kitorang memang sengal plus pemalas gila vavi! Dah tu, nak kelentong beliau memang senang-senang ja. Ntah dah brape bakul dosa aku penipu beliau aku pun tak tau. Hahaha sampai la nak dekat exam spm, kami 1 kelas masih tak tau apa yang kami semua blajar dalam kelas beliau. Ya la, aku ni hari2 tipu beliau kata esok birthday aku pun beliau still percaya. Means, setiap kelas dia atau aku selisih dengan beliau, beliau akan wish bufday aku. Hahaha so bayangkanlah betapa gilanya teacher english kami. Hahahaha if tak nak blajaq tu, memang sepakat 1 kelas buat cerita kononnya nak gotong royong kemas kelas sebab tadi dapat anugerah kelas terkotor. Tapi haram tak bergerak pon gotong-royong tu!! Sesi tidoq ada la..Hahahaha


TUJUH
Postman a.k.a ejen pencari jodoh bertauliah
hahaha ni kerja sambilan aku yang mana upahnya adalah sama, coklat sneakers pada setiap hari jumaat. =)
Bebudak kelas aku yang lelaki 19 orang ni memang masing2 ada rupa dan gatai meghela. Akibatnya, ramai laaaaa kakak2 angkat tak bertauliah mengirim salam buat mereka ini yang konon2 nak buat akak angkat la, gf angkat la bla bla bla. Bayangkanlah sampaikan aku kena buat 1 list laaa sebab nak di baca pada setiap pagi di kelas aku. Hahahaha tu belum kira surat2 cinta yang aku kena post p kat dorang. Memang gatai tui bebudak kelas aku. Hmm 'kirim salam' kat pompuan2 cantik tu jangan la suruh aku kira. Memang tak terbilang dan kadang-kadang perlukan 2 list. Busy betoi aku sebagai ejen pencari jodoh. Tapi, ada jugak yang jodohnya kekal hingga ke hari ni hasil dari perejenan jodoh aku tu. Cuma aku ja yang bercerai awai! Hahahaha


LAPAN
Sajian muka menggelabah tahap cipan oleh bebudak kelas aku bila buat pertama kalinya aku menangis dalam kelas sebab kena buli! Hahahaha ni kenangan yang paling aku tak boleh lupa bila semua bebudak lelaki kelas aku serentak mai pujuk aku dengah ayat-ayat yang membuatkan aku sakit perut menahan gelak. Hahaha drama tetap kena teruskan. Sebagai habuan, aku telah mendapat Bigmac percuma dari salah seorang daripada beliau sebagai upah merajuk =) sneakers + tobrone pon aku dapat jugak pada hari jumaat itu =)


SEMBILAN
sesi kutukan Siti Zaharah iaitu classmate kami yang gila dan sangat pelik. Amat gemar ponteng skolah dan mengamuk tak tentu pasal. Memiliki rambut berwarna oren pada ketika itu. Hahaha setiap sesi mengutuk beliau pasti akan mendapat sambutan hangat dikalangan kami sekelas.


SEPULUH
sesi mengingati nama-nama classmates aku. Hope aku berjaya


Eima Jer: Tapi apa kaitan dengan mimpi aku malam tadi?? hahahaha =.= lari tajuk. Maap!
Sebagai habuan, jom layan entry ni....KLIK (abaikan iklan-iklan menyemakkk tersebut, scroll ke bawah =.=)

6 comments:

Drunbella said...

ow man..entry thu begitu unik. byk tul si merah jambu. hahaha :D

Eima Jer said...

hahahaha =.=

yanalolu'xx said...

kenangan waktu skolah memang menyeronokan..

dulu time skola, slalu ponteng..
but now rase cam nk gi skol n dok kklas diam2 ngn kain biru laut tuh..

;p

fairuz said...

budak kelas kau tak segila budak kelas aku zaman skolah dulu.

sampaikan kebanyakan cikgu banned kelas aku...

Eima Jer said...
This comment has been removed by the author.
Eima Jer said...

yana:
hey thanx darl sudi jenjalan =) hahaha yuppsss zaman skolah memang best! xpayah srabut nk pikir mn nk cr duit lg byk sbb nafsu time tu kecik je plus cinta2 monyet yg mmg boleh buat kita tido smbl tesenyum bila teringat balik. hehehe =.=


Apai:
seyes??hahaha cikgu disiplin kitowg mcm haram sket. Ade kls tp sgt jarang masuk mengajar tp dok pulun jenjalan pusing 1 skolah cr kesalahan student. Sapa yg brani nk buat salahkan..skool aku mmg disiplin tiptop penang =.=