June 18, 2009

ABAH

sekadar tatapan percuma


ini entry khas sempena sambutan hari bapa sedunia end of this week.
knape awai??
saje je.
sekadar nak ingatkan korang2 semua yang mana bapak masih sihat menjalani hidup.
jangan lupa wish ok!

aku lak.
terpaksa akur dengan kehendak Ilahi.
arwah abah dah pergi menyahut seruan Ilahi kira2 6 tahun yang lalu.
semoga arwah diberkati dan sentiasa dirahmatiNya.
Al-Fatihah buat beliau.
amin.
makaseh.
=)


cerita bab ayah, aku sebagai anak yang sudah kehilangan seorang ayah.
aku paling tak boleh blah bila dengar sesetengah anak yang lansung tak mesra dengan ayah dorang. ada tu yang aku dengar, bertegur sapa pun tak. cakap sekadar menjawab soalan2 si tua je. tu la anak hasil teknologi zaman sekarang.
sedangkan.
tahukah anda bila perginya insan yang bergelar ketua keluarga itu,
maka sesebuah keluarga tu seperti kehilangan gam gajah yang meng-gam erat ikatan kekeluargaan tersebut.
seperti sebuah rumah yang kehilangan tiang serinya (tiang utama)
seperti kapal pirate yang kehilangan Jack Sparrow nya lalu terumbang-ambing.
tahukah?
aku tahu.
sebab aku sedang merasakan perubahan itu.


ayah.
segarang mana pun beliau.
beliau tetap ayah.
kita dari beliau.


ungkap kisah ayah.
arwah ayah aku memang terkenal dikalangan kami adik-beradik sebagai seorang ayah yang sentiasa menggunakan kuasa vito beliau dalam memerintah kawasan jajahan beliau.
sangat super duper garang.
muka beliau sudah.
penuh dengan tahap keseriusan tahap gaban.
seorang peng-conquer tv yang sangat berjaya.
suka akan berita dunia jam 10, wwf, semua filem P.Ramlee, Mydin pelakon tu bukan pasaraya mydin.
pengganggu tumpuan dan penghayatan aku tiap kali tengok drama kantonis sebab nak tibai aku solat magrib lambat.
ye la, masa dulu cite cina kan slalu main pukul 7-8 malam.
tension tui.
tapi bestkan ada ayah?


hidup aku di bawah penjagaan beliau memang penuh rapi.
segala kemahuan aku akan dituruti beliau.
tapi senyap2 je dia sediakan apa aku nak.
macam silap mata tu.
ting! terus ada.
sronokkan ada ayah??


bila hari ujan dan terpaksa antar aku p skolah.
aku dah bleh tau yang aku akan dapat duit blanje skolah sebanyak rm10.
hahahaha mak aku nk bagi byk tu?
huh.
rm2 xpenah2 naik.
sronokkan ada ayah??


ayah aku seorang yang sangat garang dan lansong tak openminded.
kau jangan harap la dapat bawak kawan2 skolah laki mai raya rumah aku.
mampos kena hambat keluar nanti.
hehehe hasilnya, sampai form 4 kawan2 laki aku tak pernah datang raya rumah aku.
kesian mereka.
dan mengikut pengiraan aku, talipon rumah aku tu dah 8x berkecai sebab beliau hempuk bila aku ditangkap sedang bergayut dengan jantan2.
hahahaha.
rock babe.
tapi aku tau, beliau nak yang terbaik untuk anak perempuan dia.
dia tau aku degil.
aku boleh buat apa yang aku nak.
sebab tu beliau halang.
taknak aku jadi gadis liar pada umur baru mencecah belasan tahun.
kalau serah kuasa kat mak aku??
hmmm mak aku terlalu cool.
bestkan ada ayah??


aku ingat lagi.
masa umur aku 13 tahun.
aku nak basikal BMX nak bawak p skolah.
gile cool aku rasa masa tu kalau dapat basikal tu.
dan hasilnya, abah aku nak bawak aku pi kedai mamak gunting rambut untuk botakkan kepala aku. dah kau, nak jadi jantan sangatkan nak BMX bagai.
aku hengat abah main2, aku sengih2 kerang la.
tgk2 memang betui dia heret aku masuk keta.
waktu tu aku memang menangis la wei.
kau gila.
dah la rambut aku masa tu panjang sampai ke bontot!


abes bab BMX, next month tu aku mintak izin beliau nak masok taekwondo lak.
hahaha tak abes2 cari pasaikan??
kena la mintak izin sbb mana nak dapat duit beli uniform.
kalau uniform sengget 2 je, aku dah p senyap2.
tau ape aku dapat???
abah nak bagi aku benti skolah waktu tu jugak.
nak sangat jadi jantan.
amek kau.
tapi macam aku kata tadi.
mak aku cool.
senyap2 mak hulur duit beli uniform.
masuk la aku taekwondo tu senyap2.
sampai la aku masuk tonemen(saja eja mcm ni) peringkat skolah2 perak dan MENANG lalu bawak 2 pingat emas bagi abah aku.
baru hari tu dia support aku gila2.
dah insaf xnak bagi aku kawen agik.
hehehe kan best ada ayah?? kan??


tali pinggang.
hahaha bukan black belt taekwondo tu yg aku nak cerita.
tapi sesi merotan.
aku adalah anak perempuan abah yang telah berjaya memecah rekod tradisi kakak2 aku.
rekod apa?
rekod yang anak pompuan sure tak kene tibai dengan tali pinggang mcm mana abang2 aku kena kalau nakal sangat.
tapi aku??
3 kali ok aku kena tibai dengan tali pinggang.
sakit tak payah nak cakap la.
1st tu sebab salah paham semata.
suatu malam mas atu aku form 2, abah cari aku dalam rumah tak jumpa.
dan beliau jugak terlupa yang rumah beliau tu agak besar.
cari tak abes tup2 nampak aku terus amek tali pinggang pukul aku.
dengan alasan aku keluar rumah malam2.
terkencing kot aku.
sakit plus terkejut.
dah tu, aku tak salah kot.
abah2.


2nd plak, sebab aku gi kedai pastu gatai tangan p gayut telipon kat public fon kampung aku tu.
kau jangan wei, bapak aku pantang sket anak2 dia gi bergayut kat public fon tu.
aku pon musykil pasai apa.
hahaha dia yang kebetulan lalu kat situ setelah balik dari masjid bersolat asar, lalu ternampak lah aku.
apa lagi, sampai ja aku kat rumah.
beliau dah standy manbai dah dengan tali pinggang nak sebat aku.
kena lagi.
skali lagi aku terkencing.
hahahaaha sakit bodoh!


dan yang 3rd tu masa umur aku 15 tahun.
aku keluar rumah tak mau pakai tudung.
pastu aku curik2 potong rambut pendek gile vavi macam jantan masa tu.
memang mencabar keegoan lelaki bapak aku la.
abah memang pantang kalau aku mintak nak potong rambut.
kalau boleh dia nak rambut aku panjang sampai macam langsuir tu kot.
hahaha sape suruh gatai pi potong.
dah tu berlagak segak degil takmau pakai tudung bagai.
haaa amek kau!
nak jadi jantan sangat.
kali ni lagi dasyat skill bapak aku sebat aku.
mula2 beliau attact aku, slow2 je dari blakang pastu lilit leher aku dengan tali pinggan tu pastu macam2 dia bebel kat aku pastu papp terus kena sebat gila2.
amek kau!
dah terasa nk berak dah aku time tu.
aku jenis tak nangis bila kena sebat.
tapi aku tahan sakit sampai terkencing laaa.
hahaha
yang mak aku lak, pulun nangis macam anak mak ni nak mati.
hahahaha lex la mak.
adik kan rock!
=p


tapi bila pikir2 balik.
aku asek kene sebat je ni.
sebab tu skrg ni aku jadi orang kot.
bukan sampah masyarakat kat luar sana.
aku tak pernah berdendam dengan abah aku.
bagi aku.
tu satu kenangan zaman2 remaja aku bersama arwah.
kakak2 aku tak dapat rasa.
aku je.
kire untung pe.
hahahaaha
sronokkan ada abah?


dalam family aku.
rekod yang paling banyak kena sebat, tentulah aku dengan amcik aku.
kebetulan muka kami memang iras.
dan kami tau, kami berdua adalah anak kesayangan beliau.
anak yang sentiasa nama disebut2 beliau.

dan ditakdirkan jugak.
asa arwah nazak nak hembuskan nafasnya yang terakhir,
aku dan amcik aku yang berada disebelah telinga kanan dan kiri beliau tak henti2 mengiringi arwah mengucap dua kalimah syahadah.
semua anak2 lain tak cukup kuat nak lihat abah aku yang bakal pergi.
tapi ntah kenapa aku sangat kuat dan hati sangat kental nak menghantar abah pulang ke pangkuan Ilahi.
mak aku 2 kali pengsan.
kakak2 aku lagi laaa.
nangis sampai pengsan2.
tepat jam 10.15 malam, khamis malam jumaat, 17 ramadhan bersamaan 21 Nov 2002..
arwah abah pergi selamanya.
tu kata orang sekeliling.
tapi bagi aku dan amcik yang berada dekat dengan beliau.
hanya kami sahaja tau.
abah masih bernyawa dalam tempoh 15 minit dan hanya mampu menggerakkan kening.
dan hanya kami tau, abah pergi selama-lamanya tepat jam 10.30 malam.


alhamdulillah, arwah pergi dengan sempurna.
cukup sempurna.
aku mengiringi arwah hingga ke liang lahad.
ya.
aku dan amcik.
anak yang slalu disebat beliau.
anak yang dah beliau bentuk hati menjadi kuat dan kental.
dan kami jugak adalah anak yang lansung tak mengeluarkan air mata setitis pon semasa mengadap arwah nazak.
bukan tak sayang tapi ntah kekuatan apa yang sedang merasuk hati kami ketika tu.


dan aku hengat lagi.
aku hanya mula menangis bila arwah abah mula dikafankan.
dan saat muka beliau sudah mahu ditutup untuk menyempurnakan pengkafanan mayat, masa tu baru air mata aku gugur menyembah bumi.
ya.
aku takkan lagi dapat melihat wajah tersebut selama2nya.
sangat sebak!


aku masih ingat lagi.
sepulangnya kami dari kubur.
aku dan amcik masuk bilik abah.
kunci pintu.
lalu menangis macam orang gila ber2.
air mata yang aku dan amcik tahan.
sebab mahu abah pergi dengan tenang.
kami tahu.
kami berdua yang terlalu beliau sayang
dan kami berdua jugak yang paling degil dan nakal.
abah dah didik kami abah.
abah dah lepas.


adeh.
sedih lak.
dah la xnak tulis lagi.


kepada korang yang masih ada seorang ayah.
hargailah.
hargailah masa2 anda bersama beliau.
ayah sentiasa mempunyai ego lelakinya.
dan sebagai anak, layankan je.
sebab bila beliau dah pergi, segala benda yang kita tak puas hati tentang bapak kita tu la kenangan yang paling indah untuk kita ingatkan beliau.
contoh macam aku la.
kenangan disebat!


Lastly,
SELAMAT HARI BAPA
aku ucapkan buat:
Arwahyarham Ayahda Yussof Bin Hasan
semoga abah sentiasa diredhaiNya

serta

SELAMAT HARI BAPA
jugak aku ucapkan buat:
Abah Baharin(mertua)
semoga sentiasa dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
jutaan terima kasih atas kasih sayang yang dah diberi.
abah memang cool!




Eima Jer: penceritaan di atas tiada kene mengena dengan siapa2. hanya aku dan aku.sekian.

14 comments:

slay said...

tiada kene mengena dengan siapa2 kan?tapi aku terasa ayat kat atas tuh.huh.tkpe jer.

urm agak sadis entry kamu kali neh.dah macam drama melayu kan?

fairuz said...

kali ni citer leleh yang sedih...aku terharu...

PuTerI said...

hmm tersangatlah sedey citer kamu..huhu

Eima Jer said...

Slay:
opppsss..
kau terasa kau patot muhasabah diri.
kan nak jadi lebih baik dari smalam.
mulakan dengan family kau.
aku tau kau paham maksud aku.

hmmm ni realiti aku.
lansong tak sama dgn mana2 drama melayu.
maap.
sesuatu yg sukar kau fahami sbb kau belum alami.


Fairuz a.k.a Apai:
hahaha leleh sbb mak bapak xpe wei.
jgn leleh sbb bf/gf.
=p

Eima Jer said...

puteri:

hahaha kau sedih sbb kau berjaya dalami apa yg try aku kongsi.

hargai mereka bila mana mereka masih ada.
=p

salam perkenalan =)

kile said...

gile la..kn sebat2 ngn tali pinggang..
sesungguhnye saye xpenah dipukul camtu..brutal2..
al-fatihah kpd arwah pakcik yusoff

PuTerI said...

ceh..salam perkenalan..cm br kenal..woit aku da lama ade blog..just tk mau expose je..hehe pemalu...

aku bkn terpengaruh..tp teruja je..baca cite ko..ingt papa aku..hehe..thank..coz ingtkan aku kat ma dad..

Eima Jer said...

kile:
hahahaha kilah baik2 punya anak..saya ni degil nak mati..
hahahaha


Puteri:
tau xpe, aku pakai jawab je komen kau..
dah klik blog kau baru tgk..
cett put rupanya!
hahahaha
nvm laaa =)

sha89 said...

hmm....bergenang air mata baca entry ko ni~

bguslah ko dh jdi manusia...tabik springg kat arwah sbb bejaya jdi ayah terbaik :)

[p amik kain nk lap air mata :)]

Eima Jer said...

sha89:

hahahaha tapi aku bukan baik sgt pon..
merapu tak tentu hala jugak..
kau lain la..
anak baik2 =p

cett..
xstylo la nk nangis2 wei..
org stylo2 nangis sorok2..
hahahaha
=.=

Lizze said...

cian eima. tp yg plg penting entri ni menginsafkan~ huhuhu. liz pon salu bengang ayah sering menggunakan kuasa veto beliau. igtkan liz sorg, ayah org lein pon sama upanya~ huhuhu

Eima Jer said...

lizze:
haahaha insap la sgt saya ni lizz oit

Apit said...

tahniah sbb la hg dah jadi org bukannya sampah..aku klaw nk crita kena sebat ni,lagi panjang kut..2x ari bapa crita x abeh g..haha..besa r anak laki, kena sebat dari kecik sampai bsaq..yg xleh blah, bila tny balik abah, siap x ngaku..mana ada mana ada..

~misz syafa~ said...

makaseh kasi baca,,,.
memang smua ni kenangan yg sgt indah buat kita...
sbb kita da terpisah selamanya
yang ada, kenangan yg akan sentiasa segar kat ingat ni....
semua tu penguat utk teruskan idopp...