July 24, 2009

Diet Yang Tidak Disengajakan

Diet or Die



ok.
aku nak cerita perihal diet untuk entry kali ni.
sangat ber-kesihatan lak
hahahahaha



selain berazam nak naikkan pointer plus kurangkan ponteng kelas untuk setiap awal semester baru, diet jugak merupakan antara azam yang tersenarai tapi sangat tipis dilaksanakan.
sama seperti ponteng kelas.
sesi pembelaan lemak tetap berjalan lancar tanpa ada rasa simpati dalam diri ingin menguruskan diri.



tapi.
semester baru kali ni sangat-sangat berbeza.
azam untuk berdiet itu telah mula aku laksanakan tanpa disengajakan.
sumpah mak tak sengaja nyahhhh...




diet yang tidak disengajakan.
macam mana tu?




begini.
untuk pengetahuan korang, aku mengalami simptom pelik iaitu tak boleh makan sebarang makanan berunsurkan nasik, mee, kuewtiau n bla bla bla.
simptom pelik ni melanda aku sudah hampir seminggu.
bayangkanlah ape semua aku makan PASTI akan dimuntahkan balik ke semuanya dalam masa kurang daripada 30 minit.
dan kemuntahan itu mestilah dengan mengeluarkan semua apa yang ada dalam perut ni sampai abes.
suckksssss bukan??



memang seksa gile aku lalui minggu ni.
bayangkan ade 1 malam tu aku muntah hampir 5 kali.
sampaikan makan apple pon kuar balik.
just boleh minum air kosong je dan hidup dengan melantak biskut oat SAHAJA.
lapar??
heh.
tak payah nak cakap laaa
perut ni dah macam buat gig baek punya!



dan hingga ke hari ini.
aku masih tak boleh makan nasik.
sudah hampir seminggu.
demam sudah beransur pulih.
batuk pon sudah pass kalau nak minum ais.
tapi selera makan serta tekak aku ni masih tak mengizinkan aku makan sebarang makanan berat.
telah dibuat percubaan makan nasik dengan kuantiti sangat sedikit sebagai percubaan lunch semalam.
tapi tetap hampa.
selepas 30 minit, semua ke bumi balik.



kenape tak jumpe doctor?



heh.
doctor utm bukan leh pakai.
tau nak klik ubat je.
checknye tak.
kat PKU (pusat kesihatan universiti bak kata senet aku) tu, dah boleh buat kenduri kawah dah pesakit yang datang.
semua simptom demam yang sama.
simpton seiras H1N1.
tapi doctor tetap cool layan serta enjoy meng-klik ubat sahaja tanpa melakukan pengambilan sampel darah.
cool gilekan semua doctor utm?


so.
aku rasa lagi baik aku tak pegi klinik utm tu.
bukan baik penyakit.
silap-silap bawak balik penyakit baru.
=p




ramai yang suggest gi klinik luar.
hmmm tapi bagi aku.
aku berbelah bagi.
bukan saving duit ke hape tapi berbelah bahagi samada aku suka atau tak aku macam ni.
hahahahahaha



kan aku nak diet.
bile selera makan aku dipotong tanpa aku paksa
memang sangat memberi kesenangan untuk aku meneruskan program diet yang tidak disengajakan ini.
bayangkanlah.
dengan 2 keping biskut oat plus hot milo.
aku sudah kenyang sampai ke petang.
petang plak cukup sekadar dapat masuk 1/3 mihun tomyam tanpa muntah semula.
sudah sangat memadai.
kan aku cakap diet yang memang menyenangkan aku kan??


sebab tu aku macam kompius.
aku sedang menderita atau aku sedang menikmati simptom pelik ni.
=p



tapi.
bila pikir-pikir balik aku hampir mau rebah sebab takde energy lansong dalam badan yang dipaksa naik tangga hingga ke tingkat 4.
aku jadi risau plak.



tapi.
bila beli nasik bagai dan paksa makan lalu muntah.
aku rasa sangat membazir plak.
baik aku layankan je kerenah perut ni.




kadang-kadang aku kompius.
perut ni sedang mengalami simptom pelik atau aku yang syok layan kerenah perut ni sebab dalam otak aku memang terpahat niat untuk diet dan menguruskan badan.
heh.



macam hari ni.
aku bangun tido jam 10 pagi.
minum air kosong 1 gelas.
kemas bilik.
mandi.
on9.
makan biskut oat 2 keping.
minum nescafe
pastu lansong aku tak pikir nak amek lunch ke hape sampaikan bila wanda ajak kuar makan baru aku tersedar yang aku xmakan pape yang heavy lagi hari ni.



dan tadi.
aku hanya menikmati 1/3 mihun goreng yang tak sedap itu pada jam 5 petang.
tu pon sangat2 kenyang dah.



kan aku cakap.
aku kompius.
aku suke ke tak aku mengalami simptom pelik ini.
adehhhhh



seperti aku sedang meng-enjoy-kan diri je dengan diet secara tidak disengajakan ini.
tapi dalam hati sangat faham ia tidak bagus untuk kesihatan.




korang.
marah aku sket.
=p



Eima Jer: Happy 23rd Bufday buat sahabat baik aku punya kekasih hati merangkap kawan baik senet aku iaitu wahai Mohd Shahid a.k.a chaid yang sepet dan sangat baran serta clazmate aku wahai khai bukan nama sebenar. Semoga dipanjangkan umur serta di rahmati Allah selalu. Enjoy ur bufday!! =)







6 comments:

fairuz said...

yang pertama - amalan kau tak seimbang. nanti satu masa nanti, kau akan makan tak henti bila kau dah rasa macam dah bosan dengan keadaan macam ni...

yang kedua - aku taknak marah kau. nanti tak kacak macam Hyun Bin dah aku ni..hahaha...

yang ketiga - kau takde pegi jogging ke? haha..aku dah tau jawapannya..jogging atas katil. hey, kalau setakat diet macam tu, memang tak betul konsep diet tu sendiri kau tak tau rasanya. diet adalah pemakanan seimbang. mesti ade riadah beb...

yang keempat - ajak sumer budak aras kau gi jogging. paksa!! hehe...

Eima Jer said...

fairuz:

babe..
aku bukan kaki tido siang la..
sgt jarang..
sgt tidak berminat...
hmmm aku br sehat la syg oit..
aku riadah la...
tp belum la sampai joging satu utm..

kau suke nk down aku..
ye la aku makan nasik =p

Lil^GriZzLe A said...

doktor UTM semua doktor IT sebab tu main klik je.

kalau dah terpengsan depan bilik doktor, baru terkial-kial nak cek betul2.

err saya juga sedang mahu berdiet. risau ni sudah makin gemuk. adus.

Drunbella said...

kalo mkn muntah thu tanda2 aneroxia. xkn hg aneroxia kut? hahaha :D prasan kuruih ka weih? hikiks ;p

fairuz said...

weii.aku tak kata pun kau kaki tido siang...biler plak aku kuarkan statement camtu..haha

kile said...

makan dan muntah?
sile la contact asnie mntak khidmat nasihat kerana die juga pernah mengalami simptom2 yg same..
hehe..