January 21, 2010

Kepelbagaian

sekadar snack pencuci mata
by: Eima Jer


aku nak berkongsi lagi

ni pesanan mak aku. mak aku selalu pesan benda yang sama. dah macam sangat sebati dalam diri aku dah dan anak-anak perempuan mak yang lain


mak aku orang kampung
membesar dikampung
tak mendapat pendidikan tinggi pon
tapi aku bangga ada mak macam beliau
mudah mesra dengan persekitaran dan suka memberi nasihat secara terbuka depends on semua pengalaman yang adah dia tempuh
akan diikat menjadi satu simpulan nasihat agar si pendengar ni boleh cuba uraikan tiap-tiap simpulan nasihat beliau dan ambil yang baik buang yang buruk
dalam persediaan menempuh hidup


kadang-kadang aku rasa aku ikot perangai mak aku
aku tak pandai
bukan seorang yang knowledgeable macam Tun Dr.Mahathit
tapi kata-kata nasihat aku hanyalah depends on pengalaman hidup aku
anak mak anak mak


mak aku seorang yang sangat terbuka kalau mempersoalkan tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan
seawal umur 16 masa aku sebok becinta monyet lagi mak aku dah boleh secara terbuka borak berkaitan isu rumah tangga suami isteri depan aku
walau semua tu ditujukan untuk kakak-kakak aku
tapi pesanan untuk aku tetap ada walau sedikit


dari umur 16 sampai la dah mencecah 24 tahun ni
benda yang sama mak slalu tekankan kat semua anak-anak perempuan beliau
" dalam sesuatu hubungan tu, cuba layan pasangan tu macam kawan baik kita sendiri. kenapa? sebab kita tak pernah jemu dengan kawan baik kita even sampai bila-bila"

hey
mak aku betul dan aku sangat mengakuinya
bukan sebab aku anak dan kata-kata nasihat tu keluar dari mulut mak aku
tapi itu adalah perkara yang betul
sebab kita tak pernah jemu dengan kawan baik kita eventhough kita dah kenal kawan baik kita tu since tadika lagi
dan kita sentiasa mempelbagaikan hubungan kita ke arah persahabatan yang lebih menggembirakan


acam tu jugak cinta

mak selalu cakap, memang lumrah lelaki ni cepat sangat jemu dengan sesuatu benda yang sama
dalam bahasa sains aku
lelaki ni macam sangat tak boleh blah berdepan dengan sesuatu yang statik untuk tempoh masa yang lama
kebosanan tu akan membawa kepada perubahan hati dan fokus mereka
tu hakikat yang perempuan perlu terima
sebab tu mak kata, Allah tu maha mengetahui dan izinkan lelaki kawen lebih daripada satu



pengalaman aku?
aku selesa dengan hubungan cinta aku dengan ajie sekarang ni
aku ikot cakap mak
kami memang treat each other macam kawan baik tapi dalam masa yang sama hubungan kami tetap berlandaskan kasih sayang
masing-masing selesa dengan position masing-masing dan sentiasa cuba create something new untuk hubungan kami
aku tak cakap aku sudah berada pada landasan hubungan cinta yang sempurna
tak
tidak sama sekali
tapi cukup aku simpulkan aku agak berpuas hati
takde unsur-unsur kongkongan dalam hubungan kami
tiada unsur-unsur cemburu yang ntah hape-hape
kami berkongsi hidup tapi dalam masa yang sama aku masih ada life aku dan aku perlu hormat life masing-masing
kami berkongsi kawan yang sama
tapi dalam masa yg sama kami tak pernah halang antara kami untuk terus enjoy making friends


sebut pasai cinta, orang akan sebut 'chemistry'
memang
itu adalah sebenar-benarnya kekuatan sesuatu hubungan tu
chemistry actually bukan datang secara semulajadi sepenuhnya
bagi aku, ia tetap memerlukan usaha both party untuk mencapai tahap chemistry yang tertinggi dan terbaik (dah keluar formual hartanah dah)

dan boleh disimpulkan jugak
cinta tu bukan sekadar menikmati kasih sayang sahaja tapi memerlukan usaha dan sikap prihatain untuk terus keep hubungan tu dalam keadaan paling selesa
dan untuk berada pada tahap yang selesa tu
bukan sesuatu yang mudah
nak asuh hati jangan cemburu buta
nak didik hati jangan mengongkong
nak jadikan kita ni sentiasa cantik hensem smart dan terbaik dalam hati pasangan kita bukan perkara yang mudah
perlukan usaha dan kesabaran
tapi alhamdulillah, kesan tu sangat menenangkan jiwa



dalam hubungan rumahtangga plak
mak selalu pesan kat anak-anak perempuan mak
termasuk menantu-menantu perempuan
"dalam rumahtangga, 4 benda kita kena jaga dan sentiasa jaga. pertamanya: urusan makan minum suami, pastikan dari air tangan kita. itu adalah saluran kasih sayang yang terbaik. kedua: soal-soal pakaian suami kita. pastikan dijaga rapi.suami sentiasa nampak kemas dan teratur. suami akan rasa dihargai dan sentiasa hidup dalam perhatian. ketiga: urusan rumahtangga kita perlulah teratur. isteri kena bijak uruskan anak-anak, perbelanjaan keluarga dan masa-masa bersama. urusan rumah tangga yang kemas dan teratur akan melapangkan hati si suami. dan last skali mak slalu pesan: hal tempat tidur jangan amek ringan. jemu lelaki ni selalunya bermula dari hal tempat tido."

tak payah la aku cakap apa mak aku cerita lagi sebab nanti entry aku dah jadi 18sx. hahaha cukup mak aku cakap yang kepelbagaian dalam urusan tempat tidur tu penting.
gilekan mak aku?
sangat terbuka.


okey eima jer
dah boleh pergi kursus kawen
hahahaha


itu semua yang mak selalu pesan untuk kami anak beranak
dan aku kongsikan pulak dengan korang semua
maaf kalau korang rasa annoying
aku sekadar berkongsi pengetahuan dan petua-petua orang tua


sekali lagi aku tekankan
aku bukan cuba nak gambarkan aku sangat berbahagia dengan ajie
tidak sama sekali
aku hanya berkongsi kepuasan hati aku
nak bantu sape-sape yang masih diruntun kemurungan hati cuba mengatur langkah menyelamatkan hubungan cinta korang
atau hubungan rumahtangga mungkin
seorang ibu takkan memberi nasihat yang buruk untuk anak-anaknya bukan?
sebab tu aku kongsi


sudah sampai situ dulu
nanti ada yang perlu aku suruh tulis buku plak
sebab entry panjang nau!
heh


5 comments:

Drunbella Khoo said...

"tahap chemistry"
ak tersilap baca tadi.
ak igtkan tahap klimaks dowh.
hahahahaha.
^___^

Eima Jer said...

tak padan dgn kurus..
nafsu serakah nala punya tinggi!

Drunbella Khoo said...

hahahahaha.
apa boleh buat.
TUHAN xbagi isi kart ak, DIA bagi kelebihan kut thu lah plak.
ak redha jak.
wakakaka.
^___^

Shahira said...

i loike ur entry!
:D

Anonymous said...

tudia panjang..haha