March 04, 2010

UTM dan 'Say NO To Polystyrene'

sumber: google image



hari ni mood baek
sangat baek
thesiskan dah hantar kat supervisor untuk semakan terakhir
sure la hati bunga-bunga



sebab mood penulis sangat baek
nak bercakap sesuatu yang ILMIAH sket
hehehehehe



'SAY NO TO POLYSTYRENE!'


ini yang nak dibincangkan oleh penulis
ilmiah bukan?
^___________^



sebelum tu, jom kita ushar sket bahaya penggunaan polisterin atau dlm bahasa inggerisnya polystyrene ni


Pertubuhan alam sekitar antarabangsa, Californians Against Waste misalnya mengklasifikasikan polistiren ini sebagai ancaman masa depan yang mampu mewujudkan revolusi hijau yang menganggu gugat elemen pembangunan mapan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan dengan menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Malah Foundation for Advancements in Science and Education (FASE) pula menyatakan bahawa styrene, komponen utama dalam polistiren ini berpotensi untuk bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam bekas makanan polistiren.

Malah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyenaraikan polistiren sebagai bahan buangan yang ke lima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.

Sumber:
http://kdoclass0809.blogspot.com/2009/03/berita-bahaya-politerin-terhadap-alam.html
makaseh tuan empunya blog di atas ini




Isnin lalu bersamaan 1 March 2010, seluruh kampus UTM sudah mula mengharamkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan
proud so!
sehingga entry ni dibuat, tiada lagi kelihatan wajah-wajah polisterin di sekitar kafeterian UTM ni
semua pelajar dan kakitangan sangat comel dibekalkan dengan bekas makanan plastik yang boleh dikitar semula seperti di bawah ini oleh pengusaha kafe jika mereka memilih untuk membungkus makanan

comelkan??
mesra microwave lagi!




menurut maklumat yang saya perolehi sepanjang kajian thesis saya berkaitan sustainable campus ni, perancangan ke arah penggunaan polisterin sifar di kawasan kampus adalah termasuk di bawah Program Inisiatif Perlaksanaan Kampus Lestari Fasa 1 di bawah pengawalan Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM
ini merupakan hasrat NC UTM yang sangat mementingkan pemeliharaan alam sekitar
sungguh bangga dengan NC baru kami!



berita baik!
UTM memang sudah mula mempunyai perancangan ke arah perlaksanaan kampus lestari di mana draf perancangan untuk dimuatkan di dalam projek-projek pelestarian kampus di bawah RMK-1O nanti sudah mula dirancang dan diatur dengan teliti
tahniah Pejabat Harta Bina, UTM!
tahniah NC untuk ketegasan anda!




pengusaha kafe tak rugi ke?
taklah
sebab bagi sesiapa yang willing nak tapau makanan, mereka akan di charge RM0.30 bagi setiap bekas makanan di atas
dan kalau kau taknak membazir RM0.30, rajin-rajinlah bawak bekal makanan sendiri1
comel dan jimatkan??




ada warga UTM yang mengeluh ianya remeh??
oh ho
jangan begitu
sebagai golongan berpendidikan, mentaliti kitalah yang sepatutnya sangat senang diubah
kan?
bukan susah pon untuk mula membawa bekal sendiri
dan ia bukan sesuatu yang memalukan lagi bila semua warga UTM berbuat demikian
saya sangat suka
sangat bangga
taknak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk UTM
taknak buat utk UTM, buatlah untuk alam sekitar kita
kalau alam sekitar pon kau berkire nak jaga
cuba buat untuk generasi kau keturunan kau akan datang
=)




act, banyak lagi perancangan UTM yang dah saya tengok di bawah program ni
antaranya penggalakan warga kampus menunggang basikal di kawasan kampus
sungguh comel kan??
dan mata kepala sendiri pon sudah dapat melihat ramai para pelajar yang sudah mula gila membeli basikal
parking untuk pembonceng basikal pon sudah mula dititik berat oleh pihak UTM dari segi peningkatan penyediaannya
bagus!
saya bangga dengan kamu, UTM



haishhh
selamatlah saya lagi 2 bulan je nak lepak kat bumi UTM ni InsyaAllah
kalau tak, dah beli dah basikal satu
bestnya!!




kepada semua warga UTM
teruskan mensupport usaha pihak pentadbiran ke arah program-program yang berunsurkan alam sekitar dan kelestarian kampus sebegini
bukan untuk siapa-siapa
untuk kebaikan bersama juga



cukup kata-kata ilmiah saya setakat ni saja
nanti orang suruh masuk pilihanraya MPP lak
hahahahahaha



sebarang info yang lebih lanjut berkaitan sustainable campus, anda boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Pembangunan, Pejabat Harta Bina UTM iaitu Encik Zulkarnain bin Mohd Shah.
^_____^



UTM
'kerana Tuhan untuk Manusia'



8 comments:

Cik Puan Drunbella said...

aku lagi suka kalau dibungkus pakai tupperware microwave tue.
boleh ulang pakai.
sbb aku kan rajin bwk bekal p keje.
hahahahaha.
>___<
tahniah UTM.
no more pencemaran dah pasneh.
SUPPORT!!!!

Eima Jer said...

tau xpe...
aku suka!! bila macam ni, nak bawak bekal p kuliah pon dah tak perlu rasa MALU.. =)

Cik Puan Drunbella said...

pastu skrg pasal pemanasan global.
aku ngah plan nak buat rak dinding kt bilik aku.
nak tanam pokok kecik-kecik.
yg tanam guna jelly thu kan.
macam sweet jak.
>___<
baru ada udara fresh dlm bilik.

Lil^GriZzLe said...

UTM sudah maju sekarang. rindu kat UTM lah ;(

I memang tak sokong polistrin, buat alam sekitar jadi tenat. huh.

Eima Jer said...

bella:

global warming ni sbb manusia dok gila guna tenaga banyak sgt! haishhh bagus, nk tanam pokok tapi pastikan bilik sentiasa ada pengudaraan yg baik, jangn kepam nanti pokok mati! hahahaha 1 more thing, kena rajin uruskan pokok tu..jangan kau nk cintakan alam tapi kau plak kena denggi!


G'are:

hehehe tau xpe..NC baru ni mmg berkaliber =)

Cik Puan Drunbella said...

umah aku mmg banyak nyamuk dah.
well.
kiri kanan hutan.
macam2 binatang ada kat umah aku.
xyah p zoo dah.
hahahaha.
:D
mcm nak p cameron lah.
borong cactus n pokok comel2 bebanyak.
wow teruja cheQ.
>___<

Shahira said...

mcm berada di jepun!!

raazak.mohd said...

final year dah lastsem x leh jadi mpp .haha