September 04, 2010

Bahasa Jiwa 8#



malam ini malam bosan
malam ini malam sedih
malam ini malam sayu



walau sudah aku cuba menjauhkan minda dari pelbagai pemikiran yang sedih sayu



syukur untuk hari ini
ya Tuhan
tidurkan aku segera
aku mahu labuhkan tirai hari ini dengan kadar paling segera
untuk aku segera menghampiri hari esok InsyaAllah dengan izinNya



selamat malam sayang
drive safely
forget me not



semoga kau ketemu titik permulaan untuk segala penguraian simpulan yang mengikat serabut
mencengkam penuh kemas tetapi kejam
semoga



aku di sini penuh dengan bantuan
asalkan titik usaha itu datangnya dari hati miliknya kamu
aku sentiasa ada
iya ada
seperti biasa ada
dan akan terus ada




Lailatulqadar
aku memohon
kembalikan gunung ganang kasih sayang yang pernah Kau pinjam untuk aku tawan ya Tuhan
aku perlukan segala pengaliran lava sayang
bagi menyuburkan hati aku yang kian kontang



No comments: