November 19, 2010





isu kawan
lagi lagi isu kawan


habis isu hati
datang isu kawan


terus terang aku terang dengan penuh terang dan secara terang
AKU TAKDE KAWAN BAIK


sebab bagi aku istilah kawan baik tu terlalu mendalam
aku tak mampu nak pikul posisi sebagai seorang kawan baek kepada mana-mana pihak
sebab aku selalu terima realiti diri aku sejak kecik lagi
yang manusia sekeliling aku
memang sangat selalu salah faham dengan aku
isu itu isu ini akan timbul
yang ini mintak dikipas
yang itu mintak dipujuk
yang sana ajak mengumpat
yang sini nak pinjam bahu nak pinjam telinga
isu pelbagai
yang mana bila setiap bait-bait pendapat yang terkeluar secara tak sengaja dari mulut aku ni
akan berputar
dibelit
ditokok tambah
dan
at last, aku jugak yang buruk
aku jugak yang ada niat jahat
aku jugak yang bla bla bla bla


situasi yang sama berulang berkali di pelbagai lokasi zaman usia tahun bla bla bla
semua buat aku MUAK
tak heran
malas nak pikir
bosan!


aku EJ yang tak akan sesekali tunduk memujuk untuk sesuatu yang aku rasa TAK PERLU
ya
itu aku
kau boyfriend
kau bestfriend
kau kakak
kau abang
TAK


jika aku rasa ia adalah perkara benar
isu realiti
penuh kebaikan untuk kau
aku akan terus berdiri di situ
tak berganjak


kau boleh kata aku KEJAM
kau boleh kata aku TAK SUPPORT KAWAN
kau boleh gelar aku dengan pelbagai gelaran yang kau nak
sebab bagi aku
aku tak perlu KIPAS
aku tak perlu KETUHAR GELOMBANG MICRO untuk memanaskan hubungan persahabatan
aku tak perlukan VACUM untuk aku sedut kau kau dan kau untuk hampir mampir dekat rapat dengan aku
aku tak perlukan semua tu



kau SENANG dengan aku
kau dialukan datang
aku layan manis
aku tabur segala sayang segala kasih yang mampu aku bagi
apantah lagi pertolongan yang termampu dek zahiriah aku


cuma jangan mintak aku sokong kau
untuk sesuatu yang aku rasa MEMUDARATKAN pihak kau
hari ini atau ke depan
aku tak mampu untuk berdiri di sebelah kauBold
dengan gelaran manis "BFF"
dengan gelaran penuh bangga "BESTFRIEND"
menyokong sahaja semua




dan bila kau DIAM membisu
tanpa aku tahu salah aku apa
ah
macam biasa
aku dah terbiasa
situasi lapuk yang dah aku hadap bertahun lama



jangan pernah kau harap aku nak tanya KENAPA
sebab dalam konsep persahatan aku
ada yang tak kena
sila-silalah tegur aku
bukan terus-terus acting nak aku paham kau itu mintak dipujuk
kau itu mintak aku tahu
ada tak kena antara kau dan aku


hey
aku sangat paham
tapi macam yang dah aku katakan tadi
aku takkan sesekali tunduk memujuk untuk sesuatu yang aku rasa tak perlu
aku bukan sempurna
pelbagai cacat cela
masih dalam usaha nak fixed kan segala
masih
sedang


belajar terima kurangnya aku dalam bersahabat boleh??
jangan expect aku terlalu tinggi
sebab aku ini
tak mampu untuk jadi KAWAN BAIK untuk siapa-siapa pon selain diri sendiri
tak mampu aku pikul tanggungjawab tu
serabut nak menghadap pelbagai isu messy isu berputar yang bakal memenatkan otak



dan kau perlu tahu ya
untuk kau lihat aku MARAH disebabkan acting dingin kau
oh
itu payah
aku auto boleh jadi berganda cool
untuk handle situasi sebegitu



dan kau perlu tahu juga
yang ruang lingkup persahabatan aku itu sangat LUAS
tak aku bataskan
dan untuk menjaga hati semua orang
aku usaha setakat yang mampu kudratnya aku
selebihnya
terima ia sebagai kekurangan milik aku ya



aku ini hanya si hawa yang tak sempurna
dan tak layak untuk sesiapa



off
Happy Weekend Peeps!!



2 comments:

syiqoq insyira said...

betul setuju sokong!
keep moving forword yang.

Eima Jer said...

syiqoq:

tq yang...
u pon kuat keh..
=)