January 18, 2011

Murtabak Maggie Comot



haip haip haip
dah lama rasanya EJ tak jadi chef hampas main masak-masak kat belog kesayangan neh
^___________^


okey kali ni nak kongsi resepi COMOT milik saya
eh eh eh sebenarnya milik orang ramai
cuma version EJ je
sebab tu ianya COMOT


saya berbunga-bunga nak buat entry tentang Murtabak Maggie Comot ni sebab ia comot tak macam version orang laen masak
tapi kan tapi kan
ia tetap menjadi kegilaan En. bf saya
since pertama kali saya cuba buat
long time ago!
sejak tu dia adore dia suka dia sangat gemar!



Ya Tuhan
sumpah saya sangat-sangat bahagia tengok muka excited ajie bila dapat 1 Tupperware murtabak maggie saya masak
bahagia berbunga-bunga
dan jangan haraplah dia nak kongsi dengan sesape
makan sampai habis
HAHAHAHAH
comel gila prangai



Okeylah
weekend hari tu saya telah membuli ajie
alaaaa sikit je saya buli
timbul rasa bersalah plus nak mintak tolong beliau teman saya pergi inspection property yang jauh-jauh esoknya
makanya saya decide nak buat murtabak maggie comot untuk dia
^______^
saya tak pandai pujuk
ini la salah satu cara kalau saya rasa bersalah
wek!


Here we go
resepi comot ni sangat mudah dan murah
tak tipu la awak


okey
mulakan dengan bahan-bahannye ea
seperti gambar-gambar yang di bawah

oh ho
ini maggie yang telah dikembangkan
3 bungkus semuanya
sebelum awak rendam makesure hancur-hancurkan ea
ia penting


bawang besar sebijik
daun sup potong halus cantik-cantik manis-manis
cili api kale merah
ingat ye kale merah sebab nak bezakan dengan daun sup
nanti ade yang tergigit cili plak
^______^

ini part paling ajie suke
penambah rasa murtabak comot ni
saya memilih sosej daging sebab en.bf suke
potong dadu halus halus kemas kemas ok
lepas tu saya prefer letak fishcake dan sedikit fishball sayur
sama jugak potong halus-halus ok

ini pulak campuran telor dengan sedikit blackpepper+serbuk maggie
tak payah letak garam ok
nanti masin sangat plak

kalau rajin sket
potonglah sosej+fishcake+fishball tadi dengan potongan agak kasar
nak tambah sket lagi rasanya
jangan banyak tau



campurkan semua bahan-bahan tadi ok
kacau manis-manis molek-molek
dan PERAPkan ia lebih kurang 1 jam ok


sambil-sambil tu bolehlah kemas dapur tu
^______^



selepas 1 jam
bolehlah masak atau goreng dengan minyak paling sedikit
dan potong cantik-cantik jangan comot-comot macam saya buat



tengok ni
comotkan kan kan??


saya tak pentingkan sangat rupa
janji kesayangan sukakannya
habis beliau makan
tu part paling penting paling bahagia
tengok beliau senyum kekeyangan




masak untuk kesayangan memang membahagiakan!

selamat mencuba

1 comment:

Anonymous said...

paling sedap n superb!!!
nk lagi!!!!