June 24, 2011

Cucur Jagung


Mari main masak-masak bersama EJ
dan macam biasa
mestilah masak-masak benda yang EJ suka makan SAHAJA
lalalalalalala!~



ini resepi Mak saya Mommy Saba dan juga resepi Mak Ajie iaitu Mommy Nab
kebetulankan
family saya suka makan
family Ajie pon sama gak



teringat lagi dolu-dolu
kali kedua jumpak Ajie
dia bawakkan bekal dari Penang
masa tu saya tunggu beliau balik dari Penang dengan penuh sabar di Hentian Pudu
auw!
masa tu dia balik untuk raya haji
saya plak hanya sambut di Kuala Lumpur sahaja
dia bagi saya rasa air tangan Mommy Nab iaitu KETUPAT JAGUNG +Serunding
dan
.
.
.
.
.
.
CUCUR JAGUNG
^_____^


masa tu feelin ala-ala sungguh berbunga tulip la kan
sebab kami sekeluarga punya kegemaran yang sama
Mommy saya pon suka buat ketupat jagung
dan sangat suka jamu anak-anak beliau dengan cucur jagung
auw!
samalah kita


ok habis imbasan kenangan lama as INTRODUCTION



sebab lambat lagi hari raya
saya taknaklah belajar masak-masak ketupat jagung bagai
TAPI saya nak main masak-masak menu berkaitan jagung iaitu
-CUCUR JAGUNG-
weeeee
^____^



okay lets go!


BAHAN-BAHAN:
-4 cawan tepung gandum
-2 tongkol jagung
-setengah biji bawang besar
-garam
-ajinamoto
-gula
-sedikit serbuk kunyit
-air suam




CARA-CARA:


senang sahaja. masukkan je 4 cawan tepung dalam bekas seperti di atas
masuk minyak masak dalam 2 sudu kecil
masuk air suam
kacau dan adunkannya
sambil tu masukkan serbuk kunyit sket
masuk garam, gula, ajinamoto
kacau dan adun jangan henti ye
^______^


bila dah comel adunan tu macam kat atas tu
masuklah hirisan bawang tadi


ok. bab jagung plak ada sedikit pesanan penaja
ini pesan Mommy Saba
masa hiris jagung tu
pastikan 2 layer yep
jangan sekali hiris je
sebab lagi nipis n hancur jagung tu lagi sedap
manis jagung tu nanti meresap dalam tepung
dan cucur anda akan jadi lebih wangi




masukkan la jagung tadi tu semua ke dalam adunan
kacau sampai sebati
rasa apa yang patot
dah bolehlah sambil-sambil tu panaskan minyak kat kuali



kuantiti minyak janganlah terlalu sedikit yep
masak ni jangan kedekut
niat nak bagi tekak orang n tekak sendiri makan
hehehehe


minyak dah panas
guna sudu teh tu
kau gorenglah jemput-jemput comel tu
ikot sukalah nak bentuk macam mana


tapi kalau Mommy saba n keluarga saya
suka yang agak leper macam kat atas tu
lebih garing



inilah hasilnya
nyum nyum nyum



hidang plak petang-petang ahad dengan air teh panas kan kan
fuyoooooo



ini juga kegemaran ajie sayang saya
^______^



selamat mencuba
kalau malas, datang rumah saya okay
saya buatkan


pesanan: cucur= jemput-jemput





2 comments:

Drunbella Khoo said...

aku suka coQ jagung.
tapi aku tak suka yang buh bawang.

i love CORN ^;^

Eima Jer said...

bella:


jangnlah letak bawang =)
tapi kurang wangi laaa
manis bawang n wangi bawang klu combine dgn manis n wangi jagung mmg best!