February 22, 2012

Dear Awak.



Dear Awak,


Semoga awak sihat sejahtera hendakNya di tempat persembunyian awak sana. Saya masih doa awak sihat-sihat sentiasa sebab banyak benda lagi tak settle ni tapi awak cepat sangatlah nak angkat kaki berlari ke tempat persembunyian yang ntah di mana.



Dear Awak,

Awak mesti marah saya gila-gila kan? mesti awak maki hamun mencarut bagai saya di TWITTER awak yang dah awak removed ke blocked saya tu. sure pang pung panglah awak maki saya kan kan kan kan? oh oh saya tak tahulah apa awak tulis dan akan tulis nanti sebab twitter awak tu PRIVATE kemas sangat. Lainlah saya. remove tak remove sama je. saya tak private. semua boleh tengok jugak. ^_____^




Dear Awak,

Kenapa awak diam seribu bahasa masa semua dok busy body mentanya saya macam-macam even ntah siapalan mereka dalam perkaitan ini. awak yang memang pelakon utama, diam je seribu bahasa. saya tunggu jugak awak tanya saya. sebab saya tahu kita sama-sama tahu. kan?




Dear Awak,

Saya bukan tikam awak tau. saya cuma mencari KEBENARAN dalam setiap percakapan awak. SETIAP SATU saya cari sebab itu memang jenis saya. Dengar kedua-dua belah pihak dulu lepastu baru saya nilai untuk diri sendiri nak percaya ke tak. Iyelah, tak baek pikir terlalu buruk tentang seseorang yang pernah kita sayang. Tetambah la fakta tu tidaklah logik difikir akal yang waras ni. So, bila saya ada peluang saya akan cuba cari kebenaran. tak salahkan??




Dear Awak,

Awak pergi mana?? kenapa awak tak mengaku walau sedikit apa yang awak buat? sedih tau saya dengar. mengakulah sikit. jangan feeling mulia sangat. saya pon mengaku apa salah yang dah saya buat. awak ni memanjang nak feeling DIVA nak feeling INNOCENT. benci tau!




Dear Awak,

Saya ada 4 pasang telinga lagi yang dengar. dan kalau awak pergi tanya, sama je jawapan yang awak dapat. kami tak pusing cerita. kami cuma cari kebenaran untuk hati kami jiwa kami dan persahabatan kami. saya tak kisahlah awak nak lari sampai bila lari ke mana. cuma ke depan sana nanti, jangan terlalu kejar cinta sampai awak gadai nilai manusia yang awak ada. jangan.




Dear Awak,

Awak HEBAT tau! banyak sangat cerita yang TWIST! 





Dear Awak,

Awak MEMANG SANGAT HEBAT sebab list-list mangsa awak bukan sedikit, tapi ramai. termasuklah kawan-kawan baek awak. senang-senang awak petik nama.




Dear Awak,

Awak SUPER DUPER HEBAT sebab semua jadi caca marba sejak awak mula jatuh cinta.




Regards,

Ms. EJ
Mangsa fitnah yang ntah ke berapa
^________^



2 comments:

Rebecca said...

Well said.

Eima Jer said...

surat utk bulan
=,="