June 20, 2012

Rumusan



tetiba datang aura nak menulis
tetiba ye
dari dalam kereta masa on the way nak balik rumah tadi lagi
amboi semangat betoi



senang kabo lah
actually hati senang jiwa tenang
apa yang dikejar dah mula menunjukkan bayangnya
dan apa yang cuba digenggam sudah mula menunjukkan jalannya
InsyaAllah apa yang nak dicapai akan disusun usaha seterusnya satu persatu nanti
syukur ya Allah kau berikan aku jalan
terima kasih ibu bapa tak henti-henti berdoa
tak juga lupa buat insan tercinta yang saban hari bagi support kat aku tanpa kenal erti penat dan give up
terima kasih semua!




KERJAYA.
alhamdulillah aku rasa aku dah jumpa PASSION aku kat mana
selama 2 tahun ni aku bekerja dengan skills sahaja without any passion yang aku letakkan ke atas kerjaya aku
sekadar bekerja untuk sesuap nasi dan keperluan hidup yang lain
Alhamdulillah.
keputusan untuk meninggalkan pekerjaan lama mndekatkan aku kepada passion aku sebenar
Ya.
sekarang ni aku bekerja dengan SKILLS dan PASSION serentak seiring sejalan
bila both ini combined dan bergerak seiring
hati happy jiwa tenang semangat berkobar rajin tinggi menggunung
bila stress, passion kau akan bantu kau bangun
bila face problems or situasi tegang, skills kau akan bantu kau banyak segi
dan hasilnya
kau akan capai KEPUASAN dalam bekerja
ditambah pula persekitaran kerja yang lansung tak stress
senang cakap
persaingan secara sihat walafiat wallepat liat
aku doa dan berharap sangat
ia akan berpanjangan sampai bila-bila
amin



CINTA.
syukur alhamdulillah
less than 3 weeks aku bakal bertukar status
bhahahahaha macam tak percaya weh
semoaga berjalan lancar.
bertukar kerja bermaksud bertukar kehidupan
dan jangan tipu kalau tak mengganggu perjalanan financial kau
kan??
agak stress melalui 2 bulan ni
mana nak pikir pasai kerjaya
mana nak manage saving manage financial lagi
Alhamdulillah masih ada keluarga yang sudi bantu bila sesak
;p
nak bahagia nak senang bukan semudah buat cucur udang
tahu??
jadi hati, kau kena sabar
kena tabah
jangan mengada
terus usaha
manage apa yang boleh dan mampu kau manage
InsyaAllah perjalanan kerjaya dan perjalanan majlis nanti lancar seiring sejalan
^_________^
*sedapkan hati



KELUARGA.
tiada masalah serius
semua berjalan baik-baik sahaja
tak sabar nak hantar mak kerjakan umrah
mak doakan adik murah rezeki ya?
anak-anak buah sayang maksu
sabar ye
maksu nanti akan terus-terus bantu urusan pembelajaran korang




SAHABAT.
ini masalah besar
aku teramatlah busy mengejar impian
sampai tak punya masa sangat nak amek tahu perkembangan kalian wahai sahabat
yang mana datang berdiri depan mata
itu sahajalah yang sempat aku beramah mesra
T______________T
maaf maaf maaf
mohon jangan berkecil hati
mohon jangan putus doa yang baek-baek untuk aku ya?




TUAH.
kakak masih kakak awak yang sama
rindukan awak saban hari




woah woah woah
ini ucapan pelancaran novel terbaru ke??
hahahaha



20 JUNE 2012
actually aku happy sangat-sangat today
kenapa??
biarlah menjadi rahsia aku buat masa ni
^___________^



terima kasih semua





No comments: