July 05, 2012

Journey To The Happiness Life Ever After #Vol. 6



CHECKLIST


3 days to go!


macam biasa masa untuk check semua benda supaya semua lengkap dan berjalan seperti yang dirancang.
biasalah semua perempuan akan merasa peringkat di mana kau hidup dengan segala macam list yang kalau boleh dilihat mata kasar boleh buat kau tenggelam dihempap semua list-list tersebut.
T____________T



THE HANTARAN 


fuhhhh lega
semalam dah berjaya siapkan ke semua 7 dulang bekas hantaran
berkat pertolongan tanpa jemu housemate sejak awal-awal bulan 6 hari tu
tak lupa jugak Ajie yang turun sama turun padang
^________^


Finally dapat jugak rasa macam mana feeling siapkan every single hantaran by your own
puas yang macam mana tak tau
walaupon hasilnya macam zombie nanti
I don't even care!



Esok adik sayang saya Eira akan datang tido rumah
nak bantu siapkan apa yang patot
so, jumaat malam dan sabtu pagi  aku akan settlekan semua barang-barang yang nak letak kat atas dulang yang EJ dan housemate buat sendiri tu
iyelah 
pending sebab mostly manisankan
nak dekat majlis barulah boleh ambil segala tempahan



MINI PELAMIN


Hai mini pelamin zombie saya
T___________T


hal pelamin ni semua dah settle
tinggal hari sabtu ni selepas maghrib vendor akan datang pasang


eh eh eh dalam kabur tetap nampak unsur-unsur warna coklat
oh tidak
coklat itu sudah ditukar dengan warna silver
EJ yang cerewet sangatlah tidak suka sesuatu yang lari dari TEMA asal


harap-harap kakak aku yang islamic itu okay dengan mini pelamin ini
sebab tak tunjuk dia pon
tak sempat
T______________T



CANOPY


Adat rumah tak berapa nak besar macam kat kampung 
maka kenalah keluarkan sedikit budget untuk canopy
nasiblah kat klang sewa canopy semua murah-murah


InsyaAllah pakcik Ramli akan datang pasang canopy petang sabtu 
misi mencari Ramli di petang sabtu
pffftttt


Hal-hal canopy ni serah bulat-bulat kat abang ipar ustazku
TAPI si cerewet EJ macam biasa akan turun padang jugak pantau
walau banyak kerja nak kena buat
hahahahaha


BAJU DAN TUDUNG


Masalah baju dan selesai
yang besar dah dikecilkan
yang kecil dah disendatkan
pfffttt


cuma kena akur saya tak sempat nak hantar jahit manik
maaf Syaqeera
nanti untuk majlis akad nanti
memang saya akan buat baju kosong je dan hantar kat awak untuk buat HD Flowers tu
cantik sangat-sangat!


mula-mula memang kecewa sangat
tapi takpelah
saya pakai yang simple-simple je
bak kata mak
BUKAN NAK NAIK KE BULAN!
T_____________T


*sentap



Tudung oh Tudung

saya masih ada masalah dengan hal tudung ni
banyak sangat pendapat
sampai sekarang saya tak decide apa pon lagi


saya tempah shawl yang dijahit manik di kepalanya
TAPI maybe miss communicate kat mana-mana
shawl yang sampai tu dah macam veil
T________T


adik saya Jim suruh pakai macam dia kawen je
tapi leher baju saya V bukan macam dress kawen dia
now saya ada tudung canopy adik saya bersanding hari tu
shawl yang dah macam veil
dan sehelai shawl biasa keliling ada manik


Aza and Jim ada advice suruh pakai bawal je seem saya ada terjumpak bawal cantik yang dijahil pearl sungguh mentarik
TAPI seharian saya ke kerja memang saya pakai bawal je all da times
tak nampak macam saya repeating benda yang sama ke on my E-day?
*bosan



Hmmm ntahlah
harap-harap juru makeup saya pandailah sedikit tentang tudung ni
dan kawan-kawan saya yang ada hari tu nanti dapat menyumbangkan sedikit idea
eh banyak idea pon takpe
T_________T


saya risau saya dan tudung kaan menghasilkan EJ yang so zombie
T___________T



MAKE-UP


hahaha saya tak blurkan sebab ni bukan saya punya


saya bukan pemilik kulit mulus
jugak bukan seorang penulis yang gemar menyuntik botox atau mengambil sebarang collagen
atau jugak bukanlah seorang perempuan yang mengambil sebarang supplement seperti Vitamin C dan E
hasilnya
kulit saya dari dulu sampai sekarang sama sahaja
seperti kawah bulan



saya jugak bukanlah seorang EJ yang suka akan make-up
dapat pulak bf yang asek membebel bila kau calitkan sebarang make up di muka
saya hanya pandai pakai bedak asas dan compact powder
nak conteng-conteng eye liner pon tak pandai
T__________T


Eira kawan saya ada cakap
untuk orang tak pernah make up macam saya
apa salahnya spend sedikit duit appoint juru make-up untuk majlis bermakna buat diri sendiri ni
nampak sedikit kelainan in stead of just mintak kawan baek tolong contengkan muka
saya percaya kawan-kawan baek saya semua boleh make up kan saya
tapi saya jugak perlu sedar diri yang kulit saya tidaklah flawless macam madu tu
better be careful



saya teringat kawan saya LIZA masa majlis beliau di melaka
cantik!
so saya rasa tak salah kot saya merasa



untuk ahad ni
saya appoint Kak Azie as juru make up saya
ni link blog beliau
jenguklah kot ada nak buat tempahan



mesti orang kata saya over kan kan kan
HAHAHAHAHA ada 2 sebab saya pilih beliau

satu
sebab beliau perempuan
sudah lupa, kakak dan abang ipar aku itu islamic
perkhidmatan juru make-up lelaki mahupun separa lelaki amatlah ditegah habis-habisan
jadi, saya perlukan hormatkan tuan rumah

dua.
Kak Azie hanya sedikan perkhidmatan di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja
kalau saya tak merasa sentuhan tangan dia untuk majlis tunang
saya memang tak boleh nak rasa dah lepas ni
sebab majlis kawen saya di Perak dan Penang
Takkanlah majlis cukur jambul anak saya nanti nak appoint beliau makeup saya kot?
pffftttt




harap-harap ada kelainan on that day
nebes ni sebab saya tak pernah dimake-up
huehuehuehu
*loser


DOOR GIFT


hahahaha doorgift sempat siap sticker je
doorgifts nye masih pending
esok baru nak settlekan


bagi doorgifts lolipop je boleh??
blur arrrr
T_________T



OFFICIAL PHOTOGRAPHER


ini OP saya untuk ahad ini
seorang perempuan jugak
^_________^


beliau kawan blogger saya
budak UTM jugak
awek Kuantan


Beginner OP yang berani mencuba
dan custom album beliau agak awesome


saya mengikuti perkembangan photography beliau since beliau di bumi Jepun lagi untuk program master beliau
waktu tu pernah la pasang niat
kalau beliau maju nanti nak cuba rasa service beliau
Alhamdulillah Tuhan perkenankan niat



eh eh eh
kami ada Outdoor Photo shoot tau dengan kawan-kawan selepas majlis

Tema:
Polka Dot dan Kemeja Petak
^_______^
*Ini part paling tak sabar


nasiblah OP mahu layan kerenah EJ
terima kasih!





....................................................................................................................................................


okaylah
itu je kot yang penting 



Catering memang totally family handle
kakak masing-masing tunjuk skill memasak 
Alhamdulillah tak perlu appoint caterer
kopak weh kopak




doa majlis saya berjalan lancar
tak sabar nak jumpa dengan sahabat-sahabat gemilang saya
yang dah confirmed tak dapat datang tu
takpe jangan rasa bersalah
saya faham
dahulukan keperluan ye
^____________*






okaylah
bye!



3 comments:

Norliza Nordin said...

waa.. bgs2! mcm2 list! kalau teringat time aku dulu rse nye pakai sebat je. tade list lgsung kot! hukhuk.. tp seb bek semuanye bjalan dengan lancar. ape2 pn yg ptg harap semua bjalan lancar. bile xsmpai mase mmg ape2 pn smua serba tak kene! hehehe Good luck! ^_^

eh chop, maybe ahad tu aku dtg lewat sket. sb dr perak. tepkase balik mgu ni sb family nor ade buat kenduri.. hukhuk

Eima Jer said...

angah:

takpe ngah. start pon petang. janji dtg la outdoor tu

Norliza Nordin said...

ok. nanti aku ping, ko bagi alamat ye. ^_^