August 02, 2012

Alahai Agent Asmawi



contract rumah OUG dah nak habis
disebabkan masing-masing isi rumah ada yang dah kawen dah bakal berkahwin
makanya TAMATLAH tempoh masa hidup bujang tinggal sebumbung kami bertiga



Less than 1 month InsyaAllah akan meninggalkan Bukit OUG Condominium 
T____________T

2 years dah tinggal sini memang dah selesa sangat semua benda
TAPI disebabkan projek kerajaan di bahagian hadapan condo ni iaitu station LRT Star sambungan Bukit Jalil tu maka dan maka
sewa rumah kat sini naik mencanak
walaupun projek kerajaan tersebut dijangka siap pada 2014 kalau tak salah



seronok ye tuan rumah
menangguk di air yang keruh



bhahahaha hotak kau EJ menangguk di air keruh
itulah namanya PROPERTY INVESTMENT!
Tenant akan sedih
Owner akan suka
Tenant kena keluar cari rumah lain
Owner padan muka!!




rumah sekarang sewa RM1100 per month dengan keluasan 1547 square feet
aku rasa sangat WORTH
sebab rumah ni memang sangat besar!
bilik air saje sebesar bilik no 3 flat kos rendah



TAPI bila nak menyewa dengan suami sahaja
itu bebanan
dan dengar kata owner ada hati nak naikkan hingga ke RM1300 untuk contract yang baru
ape kau gila??



maka kami semua pon masing-masing cari rumah lain
sobs!




mencari rumah sewa yang baru bukan sesuatu yang mudah hokay
terutamanya bagi pasangan yang bakal berkahwin dah tak berapa laaa nak stabil ni
sebab tu menyewa
kalau aku kata dah stabil baik beli je rumah
ye dop?



dalam 2 weeks ni aku sangat bertungkus lumus mencari rumah untuk disewa di MUDAH.my
klik sana klik sini
call sana call sini
deal sana deal sini
sakit hati pon banyak jugak
dengan seorang AGENT yang tertera namanya di TAJUK ENTRY AKU
-ASMAWI-




aku tak pernah jumpak agent ni
hanya sekadar pernah bercxakap melalui telefon
tapi nak tahu tak
kalau korang call dia ni untuk deal pasai rumah sewa
dia memiliki antonasi n tone suara yang sama semasa menjawab soalan
dan dialoq jugak sama


"heloo"


"ye, nak tengok rumah"


" ye ada, bila nak tengok rumah"


"datang je ke unit ____ . (sambil petik ikot suka no rumah)"


"ye dah tengok rumah?? bila nak bank in deposit"



kau call la dia 1000 x pon tetap ayat yang sama
seolah dirakam
adik aku terkena
aku pon terkena
T________________T


adik aku lagi extreme sebab dia pergi tengok rumah sekian sekian yang dipetik asmawi ni
dia cakap rumah tu either tak wujud atau rumah kosong yang dah dieroboh
dan jiran-jiran kawasan tu cakap
si asmawi ni dah banyak kali kena pukul dengan tenant sebab deposit taken tapi rumah tak wujud pon lagi
baru nak cari



apa jenis manusia laaaaaaaa



so lepas adik cerita
dan aku sendiri dah on phone dengan dia
aku decide memang takkan call dia la kalau kat iklan mudah tu memang tertera nama dia



tapi dua tiga hari ni dia buat hal plak
iklankan rumah untuk disewa harga yang below than market price




tak pecaya??
meh aku paste sikit



rm450 per month
1+1 deposit
FULLY FURNISHED



sedangkan korang tengoklah
market price for rental area tersebut




ni lagi satu tak boleh nak blah


RM450 per month
1+1 deposit
FULLY FURNISHED

mak aiii kitchen cabinets dia punya segak sewa banyak tu abang??


sedangkan market price for rental untuk kawasan ni





nak pengsan baca!!


pernah tau call TIGA NAMA yang dia letak dalam iklan tu
haram memang 1 pon tak angkat
T_____________T



persoalan di hati
ASMAWI ni betul ke tak??



serrraaaammmmm tau!!




so kepada korang-korang yang tengah cari rumah ni
jangan la percaya si asmawi ni
tu je nak pesan



p/s: Hmmm dah dapat dah rumah untuk kawen tapi itulah takde laaa sebesar rumah kat OUG ni. dapur pon kecik je. jenoh laaaa nak baisakan diri. tapi takpelah nanti2 kumpul duit beli rumah sendiri ye EJ. now focus on your wedding first!



4 comments:

Norliza Nordin said...

adik aku pn dapat sewa kt situ tp price RM650 sebulan.. br byr deposit rtu. bln depan masuk.tp xtahu ke die jupe org ni ke x..huehue

Norliza Nordin said...

minta share kt adik ye.. ^^

Razif Saunan "Bobo" said...

hari selase die letak RM550..la ni tau2 da turun.haha.punye la kecoh simen naik kat malaysia ni, die leh turunkn harge.sengal2..

Eima Jer said...

saya rasa dia uba nak turunkan harga sewa rumah tu sbb dia kan jenis deposit taken pastu baru nk cari rumah.

manusia mcm ni pon ada.
malukan melayu kita je