August 04, 2012

Sebagai Ratu Telenovela



DEJAVU DI KINABALU
baru saja menamatkan episod akhirnya


dengan pelbagai teka-teki
dengan pelbagai kata caci
dengan pelbagai rungutan tak puas hati


sebagai Ratu Telenovela Melayu
eceehhhhh
aku nak buat review sikit la isu ENDING drama top ni
review tentang ketidakpuasan hati aku



cerita Erma Fatimah memang selalu cerita kualiti
lain dari yang lain selalunya
beliau sama macam pengarah yang aku kagumi si Kabir Bhatia tu
TAPI aku perasan sesuatu
drama arahan beliau memang selalu sangat gempak 
tapi selalunya di bahagian permulaan drama dan tengah-tengah
bila peringkat KLIMAKS iaitu final episode
beliau selalu gagal untuk habiskan watak semua orang dengan baik
same goes masa Malaysia demam dengan TAHAJJUD CINTA dulu
ending yang kurang baik jugak



dan lagi tak boleh blah
bila untuk klimaks Dejavu Di Kinabalu ni
beliau mengambil kesempatan di atas deman-deman rakyat Malaysia ke atas drama arahan beliau ni
dengan membuat undian hero pilihan malaysia 
untuk memiliki cinta Nadira
ini SALAH BESAR actually




bagi aku
bila ENDING sesebuah drama ditentukan oleh penonton
apa yang nak diraih dalam pengarahan drama tersebut?
ada kepuasan ke?
dan penonton sendiri la kan
PUAS ke tengok ending yang korang tentukan
sedangkan plot-plot cerita yang dah disusun kemas sebelum penggambaran bermula tu
lebih manis
dah para pelakon lebih menghayati plot penceritaan tersebut



okay.
aku anggap saja pengarah pon tak aspect yang Malaysia akan memilih Bazli
sebab terang-terang memang Ammar aka Aqasha adalah hero asal berdasarkan poster drama ni pon kita dah boleh jangka
dan siapa sangka Nazim aka Bazli telah meraik pepolurati yang mendadak akibat dari Bazli Fever all around Malaysia
kaaaaaaaan?
padahal Nazim memang good actor dari drama beliau dengan Ainul dulu tu




LAGI satu
okay nak buat macam mana kan produksi dan tentukan ending biar penonton pilih
mungkin pelakon disajikan bayaran lebih hasil kutipan duit dari undian
dan scene lebih yang perlu dilakonkan
wallahuallam
TAPI apa yang bertambah tak puas hati
kalau dah final milik penonton
WHY diletakkan jugak tayangan ending sebenar yang tidak mendapat undian tinggi dari peminat?



aku percaya
ini ending sebenar cerita hebat ni
sebab kalau kau tengok episod akhir alternatif ni di tonton.com.my
kau akan rasa lebih tersentuh
watak yang dijiwai lagi mendalam


walaupun NADIRA dimatikan wataknya dengan kematian
ending yang sedih untuk love story penuh ranjau ni
TAPI aku puas hati




berbanding ending pilihan penonton
yang aku rasa serba tak kena


contoh:
bazli sarung cincin ke Nadira dan boleh pulak seorang isteri meluahkan isi hatinya kepada bekas kekasih
"Ammar, awak tahukan rasa cinta ini bukan dari jantung saya"
dialog apakah ini??



dan aku yang sukakan sesuatu yang logik
terus tweet mempersoalkan
"why pengarah tak terapkan isu agama sikit dalam watak Nadira yang seorang isteri HARAM mengingati lelaki lain selain suami"
dan Bazli terlalu nampak dayus di situ
bukan seorang yang sangat berkorban



kedua.
senang dan mudah sekelip mata sahaja
Nadira boleh membuat transplant jantung lain
sedangkan di awal drama lagi
dah diterapkan bukan senang nak cari penderma jantung nowadays
nampak tak di situ betapa cacamarbanya plot yang disusun



honest.
8 episod akhir Dejavu ni aku memang emosi dengan watak Nadira
Tiz bawakkan watak dengan baik
sebab boleh tengok semua manusia di twitter dan facebook sangat rasa annoyed dengan Nadira
TAPI kalau kita tengok ending dengan Ammar
bila Nadira mati
rasa annoying tu hilang sebab Nadira finally mati
even sedih
ini adil untuk semua orang



berbanding dengan ending bersama bazli
sudah la dia annoying
dah jadi isteri pon mendayuskan suami
lepas tu kecapi lagi bahagia dengan tranplant baru



watak ibu bazli yang kemain garang tu macam mana?
pegi mana?
ending macam mana?



hmmmm 
tu belum lagi kita tanya ending watak TYRA pegi mana??



Bazli hanya seorang lelaki yang baik, berkorban apa saja, memiliki hati mulia yang hanya segala baik tu diaplikasikan dekat Nadira je ke??
aku rasa dengan Tyra si Bazli tu sangat kejam tahu?



aku harapkan at least Bazli pergilah melawat Tyra
dan endingkan watak Tyra dengan baik
thats it



sebab tu aku cakap
Erma Fatimah ni selalu poor bab endingkan drama beliau yang superb
haishhhhh
kecewa sungguh!


dan lagi mengecewakan aku
why dia memilih NEELOFA sebagai heroin untuk drama terbaru menggantikan Dejavu Di Kinabalu tu
hilang mood nak jenguk tengok


Sorry man,
I Hate Neelofa!


bagi aku lakonan dia so so sahaja
tak layak untuk peganag watak utama bagi slot akasia tv3
tak layak.



p/s: So ratu telenovela melayukan?? hehehe *muntah


No comments: