January 28, 2013

Dah Kawen Part #2: EARLY MARRIAGE





I just love this picture so much
This is LOVE


Harap-harap you both sayangkan kakak just like you love each other too
^__________^




Bukan pasai Abin dan Minmin yang nak aku hasilkan entry kali ni
tapi topik ni
EARLY MARRIAGE



wah wah wah sekali lagi penggunaan perkataan TOPIK di sini
over gitoooo
;p



EARLY MARRIAGE aku banyak diajukan soalan-soalan biasa yang dihadapi oleh pasangan-pasangan lain
tapi lately aku sering diajukan soalan tentang wujudnya Abin dan Minmin dalam rumahtangga yang baru sebulan jagung aku bina dengan suami



"ada artikel menyatakan kucing tu tak elok untuk wanita yang dalam persediaan untuk mengandung."


"bela kucing tak elok laaa untuk kau yang nak sangat pregnant. Bulu dan taik dorang ada sejenis bakteria yang tak bagus untuk perancangan mendapatkan baby"



"kakak ada baca, bela kucing tak bagus sangat untuk perempuan yang nak mengandung. Kawan akak dah 8 tahun kawen, maybe banyak sangat bela kucing until now tak pregnant lagi."


"why not you just send your kittens to your hometown? This is for your own good"



errrrr banyaklah lagi!




Soalan dan perkongsian pengalaman, ilmu dan pengetahuan ini kadang-kadang buat aku keliru, tekanan, stress dan susah hati.
aku STUCK



Abin dan Minmin wujud dalam hidup aku 3 weeks before aku kawen
masa tu aku dok sorang-sorang dalam rumah yang disediakan bakal suami
dorang bedua laa banyak teman aku
gembirakan aku
dan ada kemungkinan mendoakan kebahagian dan kesejahteraan aku saban hari



hey tak lupa jugak
they both sama-sama road tour to Perak dan Penang
sempena kami bercuti kawen 



Ingat lagi
dah macam ada anak kembaq
Minmin berak dalam kereta
so kami kena berhenti tepi highway
cucikan bontot dia
cucikan sangkar dia
bancuhkan susu
bagi they both makan
sampai both tertido nyenyak
how funny


aku dan ajie tak pernah merungut dengan kesulitan tu
sebab kami SAYANG sangat dengan dorang bedua



Aku tak pernah rasa terbeban saban hari moping rumah
sapu sampah
kemas semua benda yang dorang sepahkan
uruskan najis-najis dorang
tak pernah kesah
sebab aku sayang
sayang yang sungguh-sungguh ikhlas




bagi aku
Abin dan Minmin ni amanat Allah untuk aku
dah tertulis dari perut ibunya mereka melihat dunia
dihantarkan Allah betul-betul depan mata aku
dan dalam masa yang sama
Allah luputkan terus fobia dan trauma aku tentang TUAH
aku percaya
Abin dan Minmin adalah amanat Allah untuk aku
banyak kasih sayang yang Allah sertakan bersama mereka berdua
dan harapkan mereka tak jemu berdoa untuk aku dan keluarga




dan bila situasi aku dihujani perkongsian-perkongsian ilmu dan info seperti di atas
aku STUCK
aku sungguhlah serba salah




Takkanlah sebab aku terlalu takot tak dikurniakam cahaya mata
lalu aku pisahkan segala kasih sayang dan perhatian aku untuk mereka?
sedangkan mereka itu amanat Allah
dengan izinNya jugak mereka hadir dalam hidup aku
dan zuriat itu jugak datangnya dari keizinan Allah




Aku tak mahu berlaku kejam 
hanya untuk memenuhi kerunsingan hati aku ni
aku tak mahu rentap keselesaan mereka di bawah jagaan aku
hanya dek kerana aku terlalu obses untuk menjadi seorang ibu



aku mahukan cahaya mata secepat yang mungkin
dan dalam masa yang sama
aku tak mahu rentap kebahagiaan dan keselesaan Abin dan Minmin




Ya Allah
Kau lindungilah aku dari sebarang ancaman kesakitan
supaya aku bisa memperoleh peluang dariMu
untuk menjadi seorang ibu kepada bakal anakku
dan kakak yang baik untuk haiwan kesayanganku



InsyaAllah
akan aku jaga amanatMu sebaik mungkin ya Allah



Jika aku insan terpilih olehMu untuk menikmati anugerah tak terhingga ini
SubhanaAllah syukur yang tak terhingga Ya Allah
aku hanya mahu menggembirakan suami dan keluargaku
juga menyelesakan dan membahagiakan haiwan kesayangan kekasihMu ya Allah




Doakan untuk aku ya kawan.




Kakak love you both so much
xoxo


2 comments:

erin suhaimin said...

Allah yang Maha Berkuasa.. :)

Aqilah Rohizad said...

my ofismate bela 3 ekor kucing.selamat je lahirkan anak die yang beratnya sampai 3.4 kg.huhu.xyah risau la.rezeki untuk dapat anak tu Allah dah tetapkan. Bersangka baik pada Allah. InsyaAllah..:)