February 11, 2013

Home Made Ayam Percik EJ





tak pernah tahu masak ayam percik
TAPI hari tu masa pergi umah kakak
dia tengah goreng ayam percik ni
memang tak boleh tahan bau wangi ayam ni



Hmmm mesti pelik kan
ayam percik but WHY kena GORENG??
kan kan kan



Kak Aya aku memang seorang suri rumah yang suka memasak benda-benda simple
benda yang complicated pon beliau akan cuba make it as simple as she can
sebab bagi kakak
as isteri, jangan bazirkan terlalu banyak masa di dapur
hanya untuk sediakan hidangan untuk suami dan anak-anak



sebab tu FRIDGE kakak penuh dengan bekas-bekas tupperware yang diisi bawang besar yang dah dikisar
cili yang dah dikisar
senang cakap semua bahan-bahan menumis memang dah siap disediakan untuk stock seminggu
sebab tu beliau masak cepat sangat
TING dah siap



dah dah dah bebel
jom aku share resepi yang aku belajar dari kakak aku
sebab menu ni simple sangat
dan paling penting kau boleh simpan dalam fridge
dan kalau nak makan
baru amek dan goreng



So takde alasanlah penat bekerjakan
sampai tak masak untuk suami dan anak-anak



Bahan-Bahan

.Ayam ikot suka bahagian apa.
(tapi potong jangan halus-halus sangat)

.Lengkus.
(besar ibu jari kaki)

.Halia.
(besar ibu jari kaki)

.Bawang merah.
(4 ulas)

.Bawang Putih.
(4 -5 ulas)

.Serai.
(2 batang di potong halus)

.Cili padi.
(Ikut tahap kepedasan)

.Daun Kunyit.
(disimpul kemas)

.serbuk kari daging.
(4 sudu teh)

.4 sekawan.
(bahan tumisan)

.Madu.

.Daun Salad dan timun.



Cara-Cara



  1. Bland halia, lengkuas, bawang puteh, bawang merah, cili padi dan serai serai.
  2. Tumis 4 sekawan sampai naik bau.
  3. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan sehingga naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah kari daging dengan air
  5. Masukkan daun kunyit yang tersimpul kemas.
  6. Masukkan garam.
  7. Masukkan madu 3 sudu madu.
  8. Biarkan semua bahan mendidih dalam periuk.
  9. Masukkan pula ayam dan biarkan ayam empuk dalam bahan tumisan tadi
  10. Tutup periuk.
  11. Bila isi ayam dah empuk dan sebati dengan kuah.Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk kecik untuk menggoreng ayam. Kuantiti minyak perlulah banyak dan berpada.
  12. Minyak dah panas, amek ayam yang direbus tu gorenglah dalam minyak yang panas. Akan naik bau yang cukup memikat.
  13. Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam pada dasarnya sudah masak dan empuk. Goreng layur sahaja.
  14. Untuk kuah perciknya, kuah rebusan ayam tadi, panaskan di dalam kuali kecik sehingga pekat. Masukkan madu dan abc sos manis. Kacau. 
  15. Bila kuah percik dah pekat, tuang laaa ke atas ayam yang digoreng tadi.
  16. Hiaskan bersama salad , tomato, timun jika suka.


Yang best tentang menu ni.
kalau saya buat, saya suka buat lebih
periuk yang kita rebus ayam bersama bahan kisar tu
masukkan je dalam peti sejuk
bila rasa nak makan
Panaskan semula periuk tu
ulang langkah 12 hingga 16



banyak masa boleh jimatkan??



Selamat mencuba.



p/s: suka tengok kakak. bila suami balik kerja, dia amek goreng je resepi ni. Nah suami dapat makan ayam percik panas-panas dari rumah. dan paling penting, CEPAT!. Sebab tu suka sangat pergi rumah beliau, blajar menu-menu harian beliau untuk suami dan anak-anak.



No comments: