October 03, 2013

Chicken Wing Pemanggang Ajaib



Mak and kakak belikan pemanggang ajaib untuk mak buyong
meh la try keajaibabnya dengan masakan pertama


CHICKEN WING PEMANGGANG AJAIB
^_________^



Tajuk menu kemain melampau
HAHAHAHAHAH
so kalau takde pemanggang ajaib macam mana?



Jawapannya memang tak jadi la
sebab kawan ada try guna kuali
melekat dan hangit katanya
;p




BAHAN-BAHAN

  1. Chicken wing 8 ketul dikerat 2
  2. ABC sos manis
  3. Blackpepper sos
  4. Halia [besar ibu jari kaki]
  5. Lengkuas [besar ibu jari kaki]
  6. Bawang putih 4 ulas
  7. Blackpepper kasar [ditumbuk]
  8. Garam
  9. 1 sudu Madu

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Bersihkan chicken wings dengan tepung gandum. Biar selama 5-10 minit bagi hilang bau ayam tu. Bersihkan
  2. Bawang putih dipotong dadu halus
  3. Tumbuk halia dan lengkuas
  4. Gaulkan bawang putih+lengkuas+halia bersama chicken wing yang dah dibersihkan sehingga rata.
  5. Masukkan ABC sos manis mengikut kesesuaian dan kerataan pada ayam
  6. Masukkan 1 sudu madu dan blackpepper yang ditumbuk kasar
  7. Masukkan garam sesedap rasa dan gaul rata
  8. PERAP dalam 30-40 minit
  9. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan biarkan masak
  10. 15 minit sekali, alihkan chicken wing tu bagi perapan tu masak rata dan chicken wings tu dapat warna macam kat atas tu.
  11. Siap dihidangkan.



Selamat mencuba
;p





1 comment:

thursheena shuih said...

Mana ketam wings sy