April 24, 2014

Penyusuan Aaron Muhammad Aariz


Sejak Aaron masih berbahagia di dalam perut lagi
aku memang dah pasang niat untuk fully breast si anak nanti
niat pulak memang teramat disokong oleh suami
Alhamdulillah


aku bukan si ibu yang mempunyai kuantiti susu yang sungguh meriah
tapi alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusan kami
susu aku mencukupi untuk si anak
tak pernah la pulak facing masa-masa Aaron menunjukkan tanda-tanda protes susu tak cukup
selalunya kalau direct bf Aaron akan minum sampai dia taknak
dan kalau aku pump pon selama di pejabat opis nun
stock dapat la jugak dalam 15-20oz
alhamdulillah



aku tidaklah seserius/extreme para-para ibu di luar sana 
yang menolak habis-habisan susu fm
bagi aku susu fm itu bukan susu yang haram
susu halal cuma bukanlah susu yang terbaik untuk si anak


aku juga sama macam ibu-ibu di luar sana yang memasang niat untuk fully bf Aaron
kalau boleh sehingga umur 2 tahun
mohon Allah permudahkan urusan.



kenapa aku kata aku tidaklah se-extreme mana tentang susu ibu?
sebab aku tetap sediakan susu fm dalam kotak yang paling kecil untuk bekalan aaron di rumah penjaga Aaron [Toksu Aaron]
TAPI di rumah aku memang tak ada lansung stock susu fm
sebab aku menghormati cara Toksu menguruskan anak-anak di bawah jagaan beliau


Toksu kata buat bekalan
takot kalau-kalau tak cukup
kalau-kalau ada masa Aaron refuse botol
tak akan nak biar anak dahaga
anak kelaparan kan?


apa yang Toksu kata tu ada betulnya
sebab Aaron ni ada 1 perangai
setiap hari isnin dia ada his own MONDAY BLUES
iaitu dia akan REFUSE BOTTLE sampailah nak masuk ke petang


Toksu selalu guna susu fm nak pujuk Aaron minum susu dalam botoi balik
setelah 2 hari seronok direct bf aku kan
al-maklumlah WEEKEND
selain SHOPPING MALL, Aaron sangat enjoy direct bf all the time everywhere he like
^___________^


kata Toksu kalau bagi stock susu aku
kadang-kadang membazir macam tu aje
sebab Aaron taknak hisap
bila acah-acah bagi susu fm barang 1-2oz
masuk tengah hari je dia baru nak minum susu ibunya thru bottle
haishhh la anak
macam-macam



setiap isnin atau selepas cuti
memang Aaron buat perangai refuse bottle
T______________T



Selain refuse bottle setiap monday blues
Aaron jugak REFUSE stock susu ibunya yang melebihi 1 MONTH
T_______________T


ini kisah benar
memang dia tutup mulut rapat sungguh
ingat lagi banyak stock susu yang aku buat masa dalam pantang dulu
semua sinki yang minum
sebab Aaron memang sampai ke sudah tak mahu



Jadinya
ke arah stock susu yang lebih FRESH seperti kehendak hati anak teruna kesayangan
Toksu Aaron dengan baik hatinya bagi ruang khas 2nd fridge dia
untuk aku letakkan semua stock susu aku yang diperahkan kat office
stock kat rumah toksu Aaron tidahlah banyak macam iklan-iklan supplier supplement milk booster yang berkongsi testimonial tu
tapi sekadar cukup untuk rotation seminggu
ready stock aku akan makesure ada dalam 20oz
tambah guna tambah guna



apa nak buat
anak teruna kesayangan nak yang FRESH dan kalau boleh tak lebih SEMINGGU



kesan?


ada positif ada negatifnya.
yang site positifnya aku tidaklah terlampau menekan diri pump dan pump
cukup sekadar maintainkan stock untuk rotation seminggu
yang negatifnya
buat kadang-kadang supply susu MENURUN
sumpah aku susah hati
so terpaksalah aku sediakan jugak supplement 
as a milk booster tatkala darurat
selain sentiasa makan sayuran hijau
dan minuman makanan yang sentiasa sahaja ada hamba-hamba Allah yang baik hati berkongsi di laman facebook yang boleh membantu menambahkan kemeriahan susu secara natural remedies.



apa yang penting
PUMP ON TIME
JAGA MAKAN MINUM
MINUM AIR KOSONG AT LEAST 3 LITER SEHARI
DOA
DAN YAKIN SUSU ITU SENTIASA CUKUP UNTUK ANAK


ALLAH kan ada
^_____^



aku ni masih cerita tentang susu ibu kan kan kan?
tak lari topik lagikan kan kan?
;p



okay sambung lagi.



"Breastfeeding is 10 percent technical and 90 percent mindset."


sangat bersetuju dengan kata-kata di atas


bagi aku
kalau kita dah niat nak fully bf anak kita
sikap paling utama kita kena ada adalah RAJIN selain YAKIN susu itu sentiasa cukup untuk anak


WHY kena RAJIN?


Sebab bf anak ni REMEH
banyak perkara-perkara kecil yang sungguh remeh kau nak kena handle saban masa
sungguh pelbagai
  • Nak kena jaga makan minumlah. mana boleh makan minum sesuka hati. ada makanan yang anak sesuai ada yang tidak bila diproses jadi susu nanti.
  • Nak kena uruskan alat-alat pump susu tu. Cuci. Pasang. Guna. lepastu cuci dan pasang kembali. remeh kan kan kan.
  • Tak boleh melawa. Baju semua nak kena cari yang friendly bf. PLUS baju-baju jenis ni tak banyak sangat choice. 
  • Tak boleh diet melampau. sebab nanti ganggu supply susu. bf anak ni perut cepat sangat jadi drakula

Ini antara-antaranyalah


TAPI nak share lagikan kan kan


semua-semua ni nanti
kalau kita buat untuk anak kita
ikhlas kerana Allah dan kebaikan ke atas amanah Allah iaitu anak kita
InsyaAllah
Allah akan bagi kau 1 perasaan TENANG
perasaan GEMBIRA melihat susu sendiri
perasaan SENANG HATI tiap kali anak pulun menyusu
selain kondisi kesihatan anak yang baik



Susu ibu tu TITISAN EMAS buat anak kita
tak dapat kat mana-mana
selain dari kita
FRESH from GOD


Taknak ke bagi untuk anak sendiri?
rugi tau!


Meh kita doa sama-sama meh
agar Allah permudahkan urusan penyusuan anak-anak kita
kalau boleh hingga 2 tahun umur mereka
amin




PESANAN PENULIS: 
TAPI penulis tak menolak pon pemberian susu fm bagi mana-mana ibu bapa yang merasakan ia adalah terbaik untuk anak-anak mereka. Masing-masing ada alasan masing-masing dan situasi yang kita lalui tidak akan sama. Berlainan. Macam aku, aku tak menolak 100% sebab aku sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan ke depan. Aku tak tahu umur aku sampai bila. Kondisi kesihatan aku sampai tahap yang macam mana. Anak aku tetap aku dedahkan dengan susu fm cuma dalam kuantiti yang teramat sedikit. Kadang-kadang 1 kotak yang 200g pon tak habis pakai sampai 2 bulan. Bukan apa, kalau terjadi apa-apa pada aku, aku tahu anak aku dah didedahkan dengan susu selain dari susu ibu untuk dia biasakan cuma ketika aku sihat ni aku masih MENGAWAL kuantiti tu dan MENGUTAMAKAN SUSU IBU dalam segala hal. 

Masing-masing ada cara masing-masing. Terpulang. Semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah. Dan anak-anak kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik saban masa. Ameen.



Nah belanje selfie sekeping dua
;p





Sayang Aaron sampai syurga Allah.


No comments: