December 16, 2014

Ayam Masak MeleTOP




Hai.
Penulis banyak gila penyakit M today
biasalah baru balik site inspection yang jauh
penat
terus penyakit M menyerang
jadinya meh la iols berkongsi lagi resepi 




AYAM SAMBAL MELETOP


Ini menu yang super PEDAS
tengok sahajalah ekor-ekor cili api berwarna merah tu
berapi uols
So, for those yang tak tahan pedas
sangatlah tidak sesuai mencubanya
TAPI for those yang cannot live without hot and super spicy foods
anda PERLU CUBA!
Yeah



*over sangat intro*
=,="




dah dah moh le pergi kepada Bahan dan Cara membuatnya.
nanti penulis melalut sampai ke belon panas Istanbul
eh



BAHAN-BAHAN:
  • 10 tangkai cili api merah
  • 5-8 ulas bawang merah atau 1 1/2 ulas bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Gula
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • 10-15 ketul ayam yang dah dipotong halus dan digaram kunyitkan


CARA-CARA:
  1. Goreng ketulan ayam yang dah digaram kunyit sehingga masak
  2. Angkat dan tos minyaknya
  3. Tumbuk bawang merah/bawang besar dan bawang putih menggunakan LESUNG BATU. Jangan terlalu lumat dan jangat terlalu kasar. Keluarkan dan letak di dalam mangkuk
  4. Dengan menggunakan lesung batu yang sama, tumbuk cili api 1 per satu. *Petua: 1 batang cili tu tumbuk/ketuk 4x, ikot langkah yang sama untuk semua cili*
  5. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dahulu biar sampai wangi and masak.
  6. Masukkan cili yang dah ditumbuk kasar dan kacau sebati
  7. Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan sedikit garam dan 2 sudu gula
  8. Kacau dalam 5 minit.
  9. Angkat dan tuangkan ke atas ayam goreng tadi.
  10. Hidangkan dengan nasik panas-panas



Dok taip resepi pon boleh kecur air liur
balik ni nak buat lah




owh owh owh lupa pulak
kalau nak buat IKAN
Bawang tadi tumbuk bersama HALIA
ikan kena letak HALIA tau tau tau
lepas tu ikot step yang sama




Selamat mencuba
^_______________^




p/s: errrr kalau tengah hujan kan kan kan cuba korang try resepi ni. layan dia lain macam wehhhhhhhhh








1 comment:

home renovation said...

Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR