May 27, 2009

Film Review- Angels&Demons




Semalam hari dating aku bersama kekaseh hati. Dah lama tak tengok wayang dengan si gumokk itu. Hahaha dah la lama gila tak tengok wayang, aku mengecewakan dia lagi bila aku dengan kuasa yang ada memilih untuk menonton filem di atas bukan 'syurga cinta' dan bla bla bla....Hahaha syurga cinta?? Donlod sudah wahai sayangku!

Ya, aku peminat filem2 berunsurkan sejarah tetambah filem2 epic yang tentera2 kuda tu macam filem 300 tu. Hahaha memang superb la. Kepuasan tu tak tau aku nak gambarkan bila dapat layan cerita2 epic macam ni.

Dan smalam, aku memilih Angels&Demons sebagai filem datingku. Hahaha dengan harga tiket rm6 je untuk filem yang tempoh tayangannya hampir 3 jam korang rasa berbaloi x?? Aku berbangga sebab chenta hati tak tidoq dalam panggung sepanjang teman aku menonton sebab slalunya dia tidoq. Hahaha bukan semua orang suka cerita sejarah2 ni tapi nasib kau la bf!.

Filem ni lebih kurang macam Da Vincci Code sebab author yang samakan. Macam biasa, ceritanya adalah mengenai agama Kristian. Kalau da vincci code menceritakan kajian berkaitan kewujudan jesus n bla bla tapi angels&demons ni menceritakan tentang perebutan kuasa gereja katolik yang membawa kepada banyak pembunuhan.

Hmmm mak aku slalu pesan, nak tengok cerita2 macam ni asas agama kena teguhkan dulu. Ya la, sape tak tau kan betapa kuatnya pengaruh kristian tetambah bagi fahaman katolik tu. Tapi seyes wei, layan la filem ni sebab korang akan rasa bangga dengan agama islam sebab agama kita tidak lah seserabut agama-agama lain. Islam tak perlukan sebuah library yang sangat sulit hanya untuk menyimpan khazanah-khazanah, kitab-kitab dan hasil2 kajian kewujudan agama seperti agama lain tetapi hanya senaskah Al-Quran sudah cukop lengkap menjawab segala persoalan dunia dan akhirat. Islam tak perlukan ketua agama turun temurun tetapi cukup dengan asas kepercayaan kita kepada Rasulullah sebagai ketua umat islam dan para alim ulama sebagai rujukan. Lagi satu dalam filem ni, macam mana pengaruhnya agama kristian hingga mampu mengumpul jutaan pengikut berhimpun tapi still tak mampu nak bersaing dengan agama islam kita yang pada setiap saat mampu mengumpulkan jutaan umat islam ke tanah suci mekah.


Hahaha emosi plak aih. Nanti kalah plak ustaz Akhil aku bagi ceramah umum. Ni pendapat aku laa tentang filem ni. Sangat best dan berbaloi. Tak boleh nak bincang dengan lebih detail sbb tak bagus untuk akidah. Dah la iman aku ni senipis kulit bawang ja pon. Hahaha seyesly, aku memang sangat takut dengan agama kristian sebab aku dah tengok dan baca banyak sangat dah kes murtad yang melibatkan anak-anak muda yang memeluk agama Kristian.

Sorry to say, memang anda tidak boleh terlalu mendalam mengkaji tentang agama mereka sebab pergerakan sejarah kewujudan agama ni melibatkan mainan logikal akal yang memang boleh menarik minat anda untuk terus mengkaji dan mengkaji. Sebab tu aku rasa golongan yang terpelajar pun kita tengok boleh terjebak dengan kes murtad ni.

Mak aku slalu pesan lagi.
Selalu beristigfar bila tengok filem2 macam ni supaya hati kita tak terlintas sama dengan ayat-ayat dalam filem tu. Ya la, kita bukan sedar bila kita dok baca subtitle tu kan klu dorang sebot pasai tuhan, perkecilkan tuhan, tak pun agungkan tuhan dorang. Yang kita ni as islam dok pulun baca dengan sepenuh hati.

Dan sebagai anak yang baik, memang aku asyik beristigfar ja semalam dalam panggung dan sebagai hadiah, aku telah didatangkan dengan satu ayat pedih dari bf tercinta.

"Dah tau cerita ni tak bagus untuk akidahhh, nak jugak tengok! Kan dah bebuih mulut nak kena beringat."

Cettt, nampak sangat tak ikhlas teman aku tengok muvie. Grrrr


Eima Jer:
Hmmm hasilnya pagi ni, aku mengantok tahap cipan ni sbb tak cukop tidoq. Sapa suruh gatai pi tengok midnight muvie!! =.=

4 comments:

Joe Tahir said...

mcm mana tgk midnight bleyh 6 hengget??

Eima Jer said...

joe:
hehehehe sbb ladies nite! hahaha sape soh xnak jadi pompuan.. =)

jalak lenteng said...

citer ni best sgt222222..

Eima Jer said...

jalaks:

yuppsssss....
sgt setuju!!
=.=