May 13, 2009

REALITI MAMI JARUM



Firstly, aku nak say sorry kepada mana-mana anak mami yang baca entry aku ni. Sesungguhnya ia sangat tidak ada kena mengena dengan anda. Sekadar berkongsi pengalaman.


Secara jujur, aku memang tak brape nak suka dan minat dengan semua filem arahan Prof razak mohaiden sebab bagi aku filem-filem beliau sangat tidak berkualiti. Tapi aku tengok gak la, tapi tak la sampai ke wayang. Rugi laaaa...


Apa yang aku nak share adalah berkaitan betoi ke tak ada mami jarum yang sampai tahap macam tu kat masyarakat kita????


Berdasarkan pengalaman aku memang memang la takdak sebab aku sendiri pernah becinta dengan anak mami jugak dulu-dulu kala dan mereka sekeluarga sangat-sangat okey dan openminded. Sebab aku balajar dunia parent yang openminded ni pon sejak kenai rapat dengan mereka sekeluarga.


Tapi sangkaan aku sangat-sangat meleset 3,4 hari lepas. Secara realitinya memang ada golongan-golongan ni dalam masyarakat kita dan aku alaminya sendiri. Aku tak maksudkan hanya di Penang semua-semua ni ada tapi dalam masyarakat kita hari ni. Maknanya kat seluruh pelusuk negara laa. Tak perlu nak jadi anak mami atau berketurunan mami baru boleh dianggap mami jarum okey! Sebab yang aku nak cerita ni pon bukan dari keluarga mami tapi mami jarum doang memang teramat la superb!


Kalau dalam filem prof razak, karakter mami jarum yang beliau cuba paparkan lebih kepada hobi mami-mami jarum berjalan-jalan menyebar dan mencari bahan gosip yang terlatest tapi yang aku nak ceritakan ni lebih kepada aktiviti bermami jarum di bawah pokok di halaman rumah 2 kali sehari iaitu di sebelah pagi dan sebelah petang yang mana hasilnya halaman rumah tak pon bersih, pokok-pokok bunga pon takdenya yang terbaja tapi timbunan dosa mengumpat, astaga aku pon dah tak tau tinggi gunung apa dah.


Aku sangat rimas dengan makcik2 gossip girls neh!!
Jumlahnya adalah seramai 3 orang yang bergiat aktif dan 2 orang yang cam biskut sket iaitu separa aktif laa. Mereka-mereka ini aktif di sekitar kawasan rumah bf aku di Kubang Semang, Bukit Mertajam.


Aku paling tak bley blah dengan insiden yang berlaku last week iaitu bukan yang aku lalui tapi melalui penceritaan adik-adik bf aku. Angah, iaitu adik bf aku yang no2 ni balik dari kedai bundle mak doang bersama-sama kekaseh hati menuju ke rumah untuk makan petang bersama-sama keluarga. Masa nak park kereta masok garrage, koang boleh terima tak bila ada sekumpulan makcikk2 ni saja mai tergodek-godek menghampiri meraka ber2 sebab nak tengok dalam kereta angah tu ada tak gf si angah tu. Yang paling tak tahan, pandai plak cover line konon-konon nak tebang pokok pisang depan rumah bf aku tu. Sambil mata dok jenguk-jenguk dalam kereta tu ada tak gf angah. Menurut penceritaan adik-adik bf aku lagi, mulut dorang jangan tak tau la..Memang pot pet pot pet abes la dan hasilnya pokok pisang tak tebang, daun pisang pon tak berusik lansong setelah selesai mendapat story baru yang angah bawak balik gf mai rumah.


Esok pagi, macam-macam cerita lak kami sekeluarga dok dengar serata kampung! Adik bongsu bf aku tu plak sampai tak larat nak menjawab soalan-soalan cepu mas doang pada sesi mengumpat sebelah pagi keesokkan harinya.


Cerita diteruskan lagi...........


Situasi kedua yang aku memang tak boley blah plak, tahap keinginan mereka nak amek tau pasai hal kemalangan yang menimpa dua orang adik lelaki bf aku pada ahad pagi tu. Macam biasa, ketiga-tiganya tergodek-godek la datang rumah bf aku. Masa tu aku pon ada kat rumah bf aku sebab kmai baru balik dari kedai bundle dan bersiap sedia nak masak dan makan satu keluarga.


Bila makcik 3 orang ni melepasi ja pintu masok rumah tu, paaaapppp doang teserempak dengan aku yang masa tu tengah lepak-lepak maen internet kat ruang tamu ke2. Aku boleh senyum tawar je la kat doang sebab aku memang menyampah meluat dan macam2 me lagi kat doang tu. Dan macam biasa, sesi bisik berbisik pon mula la start. Dah tu, bila dapat masok rumah bf aku, bukan nak lawat adik-adik dia yang excident tu tapi lebih kepada mahu membuat siasatan awam berkaitan kekemasan rumah mungkin, susun atur perabot mungkin, bilangan ahli keluarga yang ada di dalam rumah tersebut mungkin atau hidangan makanan yang disajikan mungkin! Aku pon tak tau apa motif mereka datang. Mata tu, memang tak dok diam. Merata hala dok pulun tengok sekeliling dan yang pasti, aku adalah yang menjadi tumpuan. Al-maklum la, aku jarang balik penang berbanding angah dan gf dia, so makcik2 ni jarang tengok aku. Apa lagi, pelbagai tanda tanya la yang mereka sedang KIV untuk dimengutukkan. Memang macam sial la!


" Hye along, nak pi mana??? tak keluaq dengan marka ka hari ni?? Eh, sapa anak dara kat dalam rumah tadi makcik nampak? tak besa dok tengok pon? marka along ka?? budak mana???"


Kan aku kata.............

sesudah balik ja doang dari rumah bf aku, kebetulan teserempak pulak dengan bf aku yang masa tu baru pulang dari kedai runcit berdekatan. Apa lagi, pulun dok tanya laaa... Yang aku sakit hati, masa dok dalam rumah tak mau plak doang nak tanya. Sebab apa?? Sebab doang takot dengan abah bf aku. Hahahaha


Ntah apa la yang dijaja mereka sejak kejadian tu.
Mereka-mereka sangat terok! Bayangkanlah, kalau adik lelaki bf aku tu tolong adik perempuannya ampai baju kat luar, haaaaa masak laaaa. Satu kampong doang jaja cerita yang adik bf aku mira tu MALAS! Astaga, mana la doang tau apa minah tu buat dalam rumah. Dan, jangan la jelez kalau anak korang tak bersatu dan berkasih sayang macam doang yang slalu buat kerja rumah sama-sama. Salah Sapa?? Salah korang la yang tak didik betoi2! Asek nak megumpat orang jaaaa...


Abah memang amek langkah yang sangat bijak bila sangat melarang setegas2nya mak keluar berkawan dengan makhluk-makhluk tersebut. Biaq abah pasang astro sampai 2 asalkan mak tak keluar bergosip macam tu. Seyes wei! Aku pon tak suka... Mak pon memang tak suka dan sangat rimas kalau doang datang menghampiri rumah.


Ado laaaa...
Kampung aku lagi la nun jauh di ceruk pekan tapi tak la seteruk ni masyarakatnya. Bf aku boleh datang rumah aku bebila masa ja dan takde pon yang nak pertikaikan. Kita bukan buat benda yang tak elok, cuma banyak spent masa dengan keluarga. Mana lebih baek?? Keluar dating dari pagi sampai ke malam berdua-duaan dari datang rumah, masak, makan sama-sama, tengok movie dll bersama keluarga???


Aku dan bf aku sama. Kami lebih suka habiskan masa dengan keluarga daripada keluar berdating menggaban diluar. Dan aku rasa, benda tu tak salah walaupon bertentang dengan adat melayu. Lagipon, dunia dan maju laaaa. Dan yang paling penting, niat kita baik.


Dulu, family aku pon tak boleh terima apa yang aku buat. Sangat takot apa orang kata. Tapi lama kelamaan mak aku dah boleh nampak kebaikannya. Korang kalau as parent kan, yang mana lagi korang suka. Anak anda dijemput lelaki dan keluar hingga lewat malam dan anda tak tahu ke mana doang pergi atau anak anda menjemput teman lelakinya ke rumah anda, spent masa dengan anda dan keluarga anda, lakukan aktiviti keluarga bersama-sama dll? Yang mana lagi baek??? dan perlu lagi ke utamakan sangat adat???


Aku sangat tidak kesah orang nak kata apa kat aku!
Sebab tu aku tak kesah sangat kalau mami-mami jarum tu nak ngumpat pasai aku.
Bagi aku, bukan dorang yang bagi family aku makan!


Tapi,
Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing dan aku menghormatinya.


Eima Jer: Aku rasa perlu bagi suami-suami untuk menutupi halaman rumah masing-masing dengan apa-apa bentuk pembinaan pon la bagi mengelakkan para isteri menjadikan alasan membersih halaman bagi mendapat peluang bergosip, mengumpat dan mengata. Ke arah mengurangkan timbunan dosa yang ada. Hahahahaha

2 comments:

ajaqzfreAk said...

ntah ape2 ntah..bodo punye org...diorang jeles la tuh.kambing hitam lah tuh....buang saja mereka dari kampung itu.haih.panas akuh!

Eima Jer said...

tau xpe!
gile kepohhh...
alaa, saje jelez dgn life mak 1 family la sbb happenning jaaa... =)