August 01, 2009

Ya, Saya Orang Kampung...

ok.
abaikan si pemanjat pokok itu.
ape yg nak aku tanya..
kenalkah anda akan pokok apakah si pemanjat itu sedang panjat??
hahahaha



ini entry khas untuk budak kampung macam aku ni.
dari Tuhan untuk Manusia.
eh silap silap.
tu motto UTM.
haishhh sejak bila sgt cintakan UTM ni eima??
heh.
Dari Orang Kampung untuk Orang Kampung jugakkk
tu yg betoinya.



haishhhh.
tapi tu tak bermakna readers yang datang dari bandar tak boleh baca entry ni.
ok stop!!
jangan tekan pangkah ea.
anda tetap dialu-alukan untuk menghabiskan entry saya hingga ke titik terakhir.
sape anda tu?
anda-lah..
anda..
andalah wahai budak bandar.
=)




adehhh..
apsal la nak kena separate-kan budak2 kampung 1 baris, bebudak bandar 1 baris ni?
kan senang cakap semua di alu2kan.
jimat ayatkan??
haishhhhh




hahahahaha
macamlah entry ni serius sgt.
jap.
aku tau ke hasilkan entry serious?
entry semak kepala hotak banyak laaa
kan?
kan?



baeklah.
nak teruskan penceritaan.




kenapa di asingkan budak bandar dan budak kampung dalam entry aku kali ni?
sebabnya ni entry memories.
kenangan aku sebagai seorang gadis kampung yang tak kenai urbanlifestyle tu macam mane (nak jugak gune ayat urbanlifestyle tu kan?hahahahaha)
dan gadis yang hanya sebok habiskan masa-masa kecilnya dengan aktiviti lasak yang memerlukan diri ini menjadi seorang budak kecik molek (ketika kecilnya) plus agak comey menjadi comot.
yang mana gadis ini tidaklah seperti kanak-kanak lain yang hanya bermain di halaman rumah dengan ber-gaun cantik leben-leben sambil memeluk barbie.
heh.
aku tidak sebegitu.
aku org kampung yang setiap harinya mengukur setiap inci keluasan tanah kampung aku tu.
dalam kata lain, merata ceruk kampung aku geledah dan hanya pulang bila matahari dah mula mahu tidur.



dan.
pokok di atas tu telah membawa kembali kenangan kanak-kanak aku.



jom.
aku buat review sket berkaitan pokok dia atas.



oit anak-anak kampung.
kenalkan anda pokok apekah di atas itu??


hehe tak semua kenal pokok ni.
aku sendiri pon sudah hampir 11 tahun tak tengok pokok tu secara live.
apatah lagi la budak2 urban sekarang ni kan.



adehhh..
apsal yang teruja sangat dengan 'pokok' tersebut???




oklah.
tu la pokok buah sentul.
tapi tempat aku lebih familiar dengan panggilan pokok buah setoi.



ye budak kampung.
ingatkah anda pokok buah sentul?
adakah anda hanya kenal Sentul,Selangor???



saya kembalikan memories anda.




baeklah.
khamis lepas sepulangnya aku dari kelas sambil merempit-rempit dengan aza.
aku terpandang pokok sentul ni kat area KTHO hampir pada KTR.


kamus:
KTHO = Kolej Tun Hussien On
KTR= Kolej Tun Razak


teruskan penceritaan



ok.
mula aku tengok pokok ni, aku buat cool ja sebab masih xperasan pokok apekah yang menghasilkan buah bulat2 kekuningan yang comel.
atau mungkin ketika tu ingatan aku masih kabur.


hahaha ok tipu.
tak penah perasaan kewujudan pokok tu sebenarnya sebab tiap kali lalu jalan tu, mata lebih tertumpu kepada segerombolan lelaki-lelaki sihat utm yang busy bermain bola sepak.
dalam erti kata lain
sedang menjalankan aktiviti mencuci mata hati jangtung usus besar usus kecil.
hahahahaha
gatai kau eima!!



dah dah dah tak payah melalut.



baeklah.
disebabkan aku sedang pulang ke kelas sambil merempit dengan aza
kami mengambil keputusan untuk singgah je pegi usha pokok ni.
yeah.
memang betul pokok buah sentul yang dh hampir 11 tahun aku tak tengok dan tak rasa buahnya.
omg
omg
tanpa membuang masa lagi, aku nak aza mula mencari2 galah untuk kait buah ni.
kebetulan pokoknya taklah tinggi sangat berbanding pokok yang ada kat hujung kampung aku dulu yang memang dah macam pokok kayu jati tinggi n besarnya.



kenapa aku kata buah sentul ni memang bawak aku kepada entry memories ni.
sebab dah 11 tahun aku tak makan buah ni.
last time aku makan buah ni masa umur aku lebih kurang 12 tahun.
masa tu, datang je musim buah sentul ni memang macam pesta bagi kami golongan budak-budak ni.



macam aku kata.
aku bukan budak perempuan yang sebok pakai gaun comel leben-leben yang mana sangat addict dengan barbie tapi aku seorang budak perempuan kecik molek yang agak comel tapi slalu comot yang sebok main lastik buah sentul, yang busy main nyorok-nyorok, yang pakar bab tangkap ikan pelaga kat parit-parit kecil area kampung aku.
seorang kanak-kanak yang hyper active bermain bola sepak dengan rakan-rakan lelakinya.
yang sangat gemar panjat pokok rambutan.
skali skala menjalankan aktiviti hitam iaitu mencuri mangga apple yang rangup di rumah orang kaya.
dan seorang kanak-kanak perempuan yang sangat addict dengan basikal bmx nya.
hahahaha itulah kanak-kanak yang bernama Eima yang mana sesudah besarnya masih GAGAL berpakaian ayu, berkasut tumit tinggi, bertutur sopan santun tapi tetap kaya dengan budi bahasa.
hahahaha itulah aku.



dan bila aku jumpa balik pokok sentul dan buah tu masuk dalam mulut aku balik setelah 11 tahun berlalu.
sumpah aku teringat balik zaman kanak-kanak aku yang sangat-sangat messy tu.
kenangan kanak-kanak yang tak semua budak pompuan sebaya aku rasa.
kenangan kanak-kanak yang bakal aku kongsi dengan anak-anak aku nanti yang mana pada zaman tersebut ntah ade ke ntah x istilah kampung tu.



ok.
ni buah sentul yang aku paksa Khai clasmate kesayangan panjat dan kaitkan.
tapi buahnye tetap tak secomel 11 tahun yang lalu.
kuning dan comel
masam-masam manis serta sangat syurga bila menikmatinya di bawah pokoknya setelah penat beramai-ramai menggunakan skill lastik kami yang memang pro ketika itu untuk dapatkan buahnya.
dan macam biase.
hanya aku jantina bermula dengan konsenen P.



omg.
kenangan.
buah sentul ni memang mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak aku la.
aku bangga jadi anak kampung.
walaupun peberet buah aku hanyalah buah-buah hutan seperti sentul, rambai, koko dan bukanlah apple, anggur, stawberry maybe.
wtFood!

aku tetap bangga dengan kehidupan aku sebagai anak kampung walau petang-petang aku hanyalah disajikan dengan cucur kodok pisang dan bukannya desert-desert enak.



aku tetap rindukan kenangan zaman kanak-kanak aku walaupun petang2 aku hanya terisi dengan permainan comot seperti gasing, lari dalam upih pinang, tuju tin, galah panjang, nyorok-nyo2ok, lastik burung, tangkap rama-rama, cari ikan pelaga tapi bukan bermain barbie dengan rakan-rakan seperjuangan.
tak pon main video games plus kayuh basikal comel di sekitar halaman rumah
wtFun!



aku bangga jadi anak Kampung Tersusun Nibong Hangus.
terlalu banyak kenangan aku di sini.



tu belum lagi masuk bab acara masuk hutan nipah beramai-ramai dengan tujuan nk menikmati kelazatan buah nipah.


omg.
boleh tak pinjam poket doraemon pastu pinjam mesin kembali ke masa silam beliau wtf.
hahahaha
aku rindu nak lastik buah sentul.
rindu nak tangkap ikan pelaga.
rindu nak main tuju tin.
rindu nak main bola sepak wei.
rindu nak balik rumah comot gile pastu kene tarik telingan dengan mak.
sumpah rindu!


heh.
ramai kan tangan kat blakang tu.
dorang sume org kampung mcm aku.
sama mcm aku yang dh lama tak tengok buah sentul ni.
masing-masing ada kenangan dorang.



boleh tak aku nak cakap buah sentul ni memang buah kenangan???
buah hutan yang hampir kepada kepupusan.
even kat kampung aku tu pon dh lama mati dh pokok tu.
mak aku cakap, kena panah dek petir pokok sentul tu.
dan saje mak aku nak gemparkan aku lagi.
sebab-sebab pokok tu disambar petir kerana banyak hantu setan atas pokok tu.
heh.
saje nk potong mood aku merayap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan kepada siapa-siapa yang penah cakap aku ni lupa daratan, changed, budak kampung yang baru nak kenal urbanlifestyle..
sila tarik balik kata-kata anda.


aku takkan pernah lupa asal usul aku.
sebab asal usul aku, kenangan kanak-kanak aku penuh dengan kenangan manis.
kenangan yang tak semua kanak-kanak sebaya aku berpeluang merasakannya.



urbanlifestyle tu taklah seindah hidup di kampung.
aku pernah hidup di ketiga2 bandar utama Malaysia.
dan aku bukanlah budak kampung yang baru nak kenal urbanlifestyle tu macam mana.



aku budak kampung yang suka meng-explore hidup aku.
merasa apa yang aku ingin rasa ketika muda
tanpa melanggar batas-batas yang sepatutnya terbatas.
mind you!!!
-kamu tau siapa kamu-


baeklah.
baek berhenti sebelum ter-emosi


congrat!!
aku berjaya hasilkan entry messy merepek lagi.
=)


thanx kepada yang membaca!
sekian.
bersurai



Eima Jer: dah lama xmakan buah sentui ni, setting urat saraf usus besar aku pon dh berubah. akibatnya, sakit perut pon melanda-landa. hahahaha tapi xpe, sekurang2nya ia bawak balik kenangan aku ke ruang minda yang mana cukop buat aku tersenyum sendiri. saya rindukan rerakan zaman kecil saya =)




4 comments:

Drunbella said...

ak rasa kan pokok thu xlah tinggi mana tp disebabkan hg thu yg bantut so hg merasakan pokok thu sgt 'TINGGI'.

hahahaha :D eima kena lg!

fairuz said...

aku setuju dengan kata² bella atas tu..

tapi jangan ingat budak bandar tak tau cara hidup kampung. jangan sempitkan pemikiran kau..

Eima Jer said...

Fairuz:

heh.
mane aku sempitkan pemikiran aku.
kan aku alu-alukan semua..
huhuhuhu..

jgn laaa marah budak bandar..
aku sekadar nk gambarkan yg tak sume kenai buah tu..
tu je...

mmg la sebandar mana pon org bandar bila raya cr kampung halaman jugak...
=)

fairuz said...

aku orang kampung gak. kampung sentosa..hehe..tapi jangan anggap budak bandar tak tau apa² pasal kampung. mungkin dieorang lagi "kampung" daripada kau agaknya...