February 15, 2010

Simple But Nice and Sooodap!

Okey
hari ni saya kurang mempunyai molekul mood yang baik
jadi saya willing nak masak untuk lupakan sejenak keserabutan kepala hotak
masakan yang sangat simple
semudah mudah.com
huHAHAHAHA



mahu belajar?
mari-mari saya ajarkan


IKAN CENCARU SUMBAT VERSION EIMA JER
[[ hahaha gile slumber ciplak resepi kakak pastu mengaku resepi sendiri]]
okey okey
ini resepi kakak
kakak yang slalu masak ikan ni
bila dah besar and terasa ingin menjadi isteri solehah kelak
saya pon belajarlah memasak resepi ini


One of Ajie's Favor ni
^______________^



pesanan awal: saya hanya ada 2 keping gambar saje sempena sesi memasak ni. sebab masa tengah main snap-snap pic sambil memasak, hubby kak Ana dok perli-perli saya masak pon nak amek pic bagai. okey, saya termalu lalu stop amek gambar.
=p



Okey
kita pergi kepada bahan-bahan masakan ini

ini je bahan-bahannya

-lebih kurang 5 cili merah 5 cili hijau
-2 biji tomato yang sedang-sedang masak
-2 ulas bawang besar
-2 ulas bawang putih
- sedikit belacan


okey, now kasik blend je semua perkara di atas kecuali tomato
jangan terlalu lumat ea
tekan blender tu dalam 4 kali sudah
siap!


PANASKAN KUALI
dengan kuantiti minyak pandai-pandai agak
pastu gorengkan ikan cencaru tadi
pastikan ia dah di garam kunyitkan ye
takkan tu pon nak kena terangkan
goreng mengikut citarasa anda
nak yang garing ke hangus ke lembik ke kurang masak ke
very simple kan resepi saya




ikan dah masak??
okey bagus!



now
masa untuk menumis



minyak kau goreng ikan tadi
buang la sket kan
agak-agak sesuai untuk menumis cili
kau campakkan je semua yang kau blended tadi ke dalam kuali
biar sehingga cili tu pecah minyak dan masak




cili dah masak??
okey bagus!


mula masukkan garam dan gula sesedap rasa ye




apa guna tomato plak?
okey, amel 1 biji tomato tu hiris dadu
lepas tu campakkan je ke dalam cili yang sedang kau masak tu
kacau dan kacau


perah sedikit limau kasturi tu
jangan banyk ye
dalam 2 biji sudah
pastu kacau-kacau
dan SIAP!!




Ikan cencaru yang dah digoreng tadi kau lepakkannya dalam pinggan yang lebar sket
pastu tuang cili tadi ke seluruh pelusuk badan ikan tadi
seperti di bawah ini


hiris tomato lagi 1 biji tu
n susun seperti di atas
ada timun kau letaklah timun jugak
segala ulam pon boleh kau top up
sebab sambal yang kau hasilkan tu memang 2 in 1
tak perlu buat sambal belacan dah
sebab ia memang dh masyuk dengan segala ulam-ulaman



cuba yay!!
sebab sangat mudah






3 comments:

Drunbella Khoo said...

nama ikan cencaru sumbat.
tapi apa yang sumbatnye neh?
kalau ikan cencaru tabur okay jugak.
wakakakaka.
>___<
okay nanti boleh torai.

Jalaks said...

erm...dah leh kawen..kompem..akakaka

Eima Jer said...

bella:

hahahaha kompius sat!


jalaks:
ok.jom kawen!