March 31, 2011

Surat Untuk Super Awesome Bestfriend



Hey Aussie
jaga sahabat saya baek-baek yaw!



andai takdir yang terbaeknya mengakhirkan kita begini
aku TERIMA
aku tak patut PENTING DIRI
mahukan cinta
TAPI dalam masa yang sama, mahukan juga persahabatan suci kamu terus utuh di sisi
dengan aku
terus menjadi pembakar semangat aku
sedangkan setiap senyuman dan nafas bahagia yang aku ukir yang aku hembus
adalah TIKAMAN pisau tajam buat hati kamu
aaaahhhh
aku sebenarnya dalam keadaan SEDAR
bukan separa sedar
tidak
aku sentiasa sedar yang aku itu sedang menjadi pisau tajam
yang terus-terus menikam bertubi-tubi hati milik kamu


aku PENTING DIRI
dan aku masih dalam KETAKUTAN mungkin
takut kalau-kalau jika aku terhempas ke bawah lagi
cium lantai cium kaki jalan
tak ada kamu untuk menjenguk
hulurkan tangan
datang menjenguk
bangunkan aku dari belenggu dunia kejatuhan
ya
saat-saat itu tak pernah dapat aku lupa
kau selalu menjadi orang penting buat aku
orang berjasa
orang berbudi kepada insan yang punya kondisi hati lemah seperti aku



kita tak punya kuasa memutarkan takdir
tak punya



kalau bisa
kalau kita punya kuasa
atau diberi peluang memilih takdir yang boleh kita ubah
aku mahu ubah kondisi hati kamu
untuk jangan sesekali meletakkan aku
sebagai penghuni sebagai penyeri
kerana aku tak mampu
tak layak




hati aku DEGIL
ya, itu aku akui
degil untuk terus berdiri di mana aku sedang berdiri
mendongak dan mencongak nasib
apa bahagia akan terus dikecapi



ahhh
rasa ini rasa yang sungguh perit
bahagia dalam masa yang sama serba salah dibuatnya
gembira yang dalam waktu yang sama sedih
mahu melepaskan dalam masa yang sama tak rela



Tuhan
aku sayang persahabatan ini


selamatkanlah ia dengan cara paling manis paling terbaek untuk semua
aku mohon
amin



Aussie oh Melbourne
kembali diam
kembali menyepi
seperti sebelum ini



semoga baek-baek sahaja
yang paling terbahagia
terpaling gembira
terpaling cemerlang dan berjaya yang aku titipkan sebagai doa
untuk kamu



You are my super awesome bestfriend I eva have


p/s: amek bb, jadi stalker,at last menangis macam orang gila. dengan baju kurung baru balik kerja. memang sumpah macam kak limah punya selekeh punya serabai dengan hingus sana sedu sini. kelakar. kau ada. kau bantu aku untuk bangun. kau orang yang tengok aku menangis bila hati dah tak tahan menanggung tak mampu nak tersenyum lagi. kau ada. masa tenat tu aku tak pernah LUPA. ingat. aku tak pernah lupa. kau berjasa.




No comments: