July 31, 2010

EJ Evelyn SALT

Hey peeps!
for those yang belum pergi tengok filem ni tolong-tolonglah pergi
aku bagi 1000000 juta bintang!



EVELYN SALT
yeah
ini watak paling sempurna untuk pelakon sesempurna Jolie
she is fucking damn cool in this muvie
sumpah!



cepat pergi tengok dan mari convert nama seperti di atas
=p


macam ni punya muvie
aku bayar rm40 pon aku tak kesah!


Love you always my JOLIE
you are my SALT!



July 29, 2010

Bahasa Jiwa 6#


malam milik aku semalam
sungguh kejam
sungguh zalim


malam milik kamu semalam
sungguh sedih
sungguh luka
ya.aku tahu
terbayang hirisan luka pada hati milik kamu itu yang pisaunya adalah aku
diasah aku dengan begitu tajam
lalu dengan kejam terus menghiris



aku kasar
sekali lagi aku kasari hati milik kamu
yang cukup ikhlas mencintai aku



aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrggghhh!
aku keliru
keliru dengan perasaan
kenapa perlu Kau tempatkan aku di sini Tuhan
di situasi ini



aku tak kuat untuk keluar
tak gagah untuk tidak menghiraukan
tak juga kental untuk tidak jatuh tidak mencair pada keikhlasan ketulusan kasih sayang anda
anda dan spesis seperti anda
bangsa setia
bangsa jujur
bangsa yang cinta itu adalah keagungan yang perlu dihargai tanpa dipalitkan walau sedikit pun dengan pengkhianatan
itu hakikat yang perlu akur
dan tak perlu akan keraguan



sudah aku berpesan dahulu
pergi jauh dahulu ya?
jangan terus di sini
terus mencintai



aku dan hati masih dijajah virus kegagalan
yang kadang-kadang hilangkan segala rasa
kosong
kering
kemarau dan kontang!
hilang penghuni



virus itu semakin aktif
menguasai molekul-molekul kasih sayang yang diterap kemas sebelum ini
jadinya aku kejam
sekasar hari semalam
yang aku tahu
malam cukup melukakan bagi kamu



maaf
aku pohon
tolong pergi jauh dari aku



mencintai aku itu akan cukup menyeksakan kamu
itu aku pasti
walaupun senyuman paling manis kau
hati ini juga yang mampu bantu untuk ia terus mengukir
maaf
sekali lagi maaf



x_________________x




bye!



July 28, 2010

Yakin Itu Semakin Sifar



Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lagu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada
lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita



peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta


tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu


tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu


tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
jangan menangis, hapus air matamu
yakinkan ku tetap milikmu


tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu


tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu


tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
kau milikku



kalau boleh

aku mahu terus yakin.tanpa perlu gusar tanpa perlu risau tanpa perlu takot

akan harapan impian janji dan impian bahagia yang cuba kau bina

aku mahu terus yakin

sekukuh keyakinan yang ada dahulu



tapi TIDAK untuk kali ini

setiap janji yang tercipta impian yang kau cuba garapkan dalam kotak minda aku

untuk aku simpulkan sebagai sebuah harapan dalam hubungan itu

tak aku mampu YAKINInya

hati aku jahat

hati aku degil

hati aku penuh keraguan

aku tidak SELESA tapi itu yang aku rasa




Tuhan

mana kau ambil segala keyakinan itu

kembalikan

aku mahu terus senyum bangga

dicintai sang raja

yang dari dulu tak pernah tewas tawan seluruh ruang hati aku

tak pernah tewas

aku benci

tapi itu kenyataan nya



tapi

aku tak yakin

'hari indah' itu bakal menjadi milik kita berdua



Ajie

kenapa sangat sukar

kenapa sekeliling buat kita menjadi sangat sukar

dan kenapa kita selalu menjadi mangsa

mangsa sekeliling


*sigh!




July 26, 2010

Kenapa Perlu Begitu


tergelak sendiri



dulu satu tempat je aku kena hadap tengok ayat-ayat hawt kau
ok hawt
sangat hawt



sekarang 3 tempat la plak
adoiii!!




ok.
dunia IT ni luas
bukan hak siapa-siapa
teruskan ye



yang annoyingnya kau
aku kat sini hanya mampu tersenyum sinis
tanda lucu
tanda hairan
kenapa perlu begitu



oklah
kau memang hawt
sudah
kat situ je
jadi diri sendiri tu lagi nampak kau cantik
kau bijak
kau ada own style kau




hawt tu subjektif kot!



July 25, 2010

EJ




salam ahad semua!!
^____________________^






takde cerita menarik ahad ni
cuma tetiba terfikir
masuk 2010 ni dah 6 tahun aku guna penggunaan nick Eima Jer
HAHAHAHAHA
tempoh yang agak lama
nick yang tak pernah aku terfikir mahu tukar




bila aku tengok balik segala personal matters aku
semua dengan nick Eima Jer
email
ym
twitter
blog
formspiring
everything!



dan hari tu sampai kena marah dengan admin staf aku sebab nak letak jugak 'Eima Jer' as ID dalam sistem!
HAHAHAHAHA amek kau!




ramai yang tanya aku especially yang baru kenal aku
why Eima Jer??
apa maksud??
why you put 'Jer' on your name??


dan aku?
hanya mampu tersenyum




kenapa ea??
sumpah kau pon takde reason kenapa
seingat aku
EIMA JER tu came out secara spontan dalam pale hotak aku masa aku nak create email pertama aku setelah aku pijak bumi UTM
masa tu tahun 2004
aku created email tu pon sebab nak bukak FRIENDSTER and MYSPACE.
memang secara spontan
aku mahukan nick yang simple dan kalau boleh tak perlu aku letak nombor kat belakang tu sebab nak bezakan dengan email orang lain
contoh terdekat:
babyeima86@yahoo.com
auw!
sumpah geli
HAHAHAHAHAHAHAHAHA



masa tu email eimajer tu di bawah account hotmail
aku masih buta IT
orang kampung
jarang dapat sumber internet
hehehehe



aku masih ingat
email ni pon kawan aku Siti Maryam yang ajar macam-macam
LOSERnya dulu
betul-betul si kampung masuk Universiti
kahkahkahkah
"eimajer@hotmail.com"
yeah
ini email Eima Jer yang pertama
dan masih berfungsi hingga ke hari ini
untuk account Myspace sahaja
saje je aku taknak tukar sebab mahukan kenangan
X__________X
kenangan zaman kebodohan IT




dari Myspace aku mula berhijrah ke Friendster
di friendster memang fulltime aku guna nama Eima Jer
dan aku mulai menyukai dan sangat senang dengan nick tersebut
mana tak nya
sila-sila google nama 'Eima Jer'
only aku yang naik
segala jenis social network yang aku ada akan menyemak skrin kau
dan ia sangat membungakan hati



lagi comel bila anak-anak buah aku pon dok pulun panggil
'maksu Eima Jer'
HAHAHAHAHAHA
even kakak-kakak aku pon dah pandai panggil aku dengan panggilan eima jer



hey
classmates aku masa degree lagi la
ada yang panggil aku dengan nama 'jer' aje
cool!~



bagi aku
nick paling cool bagi aku adalah nick kawan aku
'DRUNBELLA KHOO'
hahahahaha
sumpah aku yang bff dia pon kadang-kadang prefer panggil dia bella pada ana
dan sometime dah terlupa nama dia ana bukan bella




dan kalau tanya aku nick paling aku admired adalah nick si manis ni
"Zoe Ana Yussof"
oh oh oh
sungguh cool!~




hey you guys rasa nickname ni memang ada kuasa tersendiri ke??
atau mampu buat kita berada pada level kita tersendiri??


sekadar bertanya!~








July 23, 2010

Aku Ni Garang Sangatkah?



okey
kejadian yang nak aku cerita kongsi bersama-sama secara berjemaah ni adalah kisah hidup aku yang berlaku awal pagi semalam
mula-mula macam malas nak cerita
tapi disebabkan masa aku balik kerja petang tadi aku terserempak dengan watak-watak dalam kisah teladan aku pagi semalam
makanya aku terasa nak cerita kat sini
so?
jom ceritalah
heh!



semalam pagi yang agak suram bagi aku
tak boleh tido sangat
otak sarat dengan benda remeh yang tak patut aku pikir sangat tapi gatai dok pikir
makanya semua di atas pastilah menghasilkan pagi aku yang agak suram
tak moody
tapi kurang semangat.
ok habis kat situ



rasa kurang smangat tu aku cuba hilangkan dengan mengaplikasikan kuasa warna pada pakaian aku
auw!
aku memilih warna pink lembut untuk aku padankan sebagai pakaian kerja aku
eh eh eh apsal rasa macam jadi pengacara NONA plak dah ni
HAHAHAHA
abaikan
heh




ok
dah comel dengan long sleve kait kait jangan tanya aku jenis baju sebab aku tau pakai ja
makanya aku pon turun la nak pergi kerja
melangkah dengan penuh malas
berangan dalam lift
menapak pergi ke parking kereta



ok
pagi itu abang aku hantar aku pergi kerja
teruskan cerita



ntah kat mana abang aku parking kereta tak tau makanya terpinga-pinga la aku pergi mencari bayang kereta
aku gagau hp dalam handbag then call abang aku
[apsal detail sgt ni?]
dah tahu lokasi kereta di parking
aku pon teruslah menapak menuju ke haluan yang dituju



dalam dok melangkah malas
aku dihampiri oleh seorang penunggang motosikal
aku assume as Mat Rempit
boleh dia perlahankan motor dia then dia cakap
'pheeeewwwiiit awek. besar T%^&*$k!!'
okey
tak perlu teruskan perkataan itu
faham-faham sendiri
HOIH!!
ini spesis syaitooooooooooooooooooon
aku memang panas habis



dan dengan spontan
aku tarik selipar aku
terus aku baling tepat ke muka dia
sekali aku ulang ye
TEPAT ke muka dia
sesuai dengan muka tak mandi tak siap kurang iman dia tu
sesuai sangatlah
sambil mulut aku dengan spontan cakap
"amek kau syaitooooooooooooooon!"



dia apa lagi.
terus berhentikan motor dia
datang nak pukul aku la konon
tak pon budget nak ugut aku la kan
yang paling aku tak boleh blah
ada AWEK kot kat blakang dok bonceng baek punya
tak ke aku cakap dia memang spesis syaitoooooooooooooooon!



aku tak hengat apa dia dok merapu tapi yang aku tahu penuh dengan maki hamun penuh setimba la
haishhhh
kau cakap aku
aku cakap kau
macam-macam
sumpah sabar aku hilang lesap ntah ke mana



dan
dalam dok panas tu
boleh plak awek dia sound aku
cakap aku 'gila'
aku lagi la panas
dengan penuh yakin aku pon balas la kat awek dia
"oit pompuan. kalau aku gila, kau gila plus bodoh. jantan bodoh macam ni pon kau teringin nak buat boipren. terang-terang jenis ikot suka balun je yang mana ada"


ok maap
aku kalau marah susah nak cakap KL
tak full version UTARA
remix utara-kl
kahkahkah


ntah la diorang paham ke apa aku dok maki
X_____________X



dan yang paling best
bf marah gf kena pangkat gila plus gila dengan aku
mau tunjuk macho la tunjuk penumbuk kat aku
skali
sepantas tu jugak abang aku sampai
naaaaaaaaaah
kau tak masal kena cekak leher free-free je



drama semakin menuju klimaks bila budak-budak muda kat tempat kakak aku tinggal ni pon turut masuk campur
eh eh eh
jejaka yang pernah listed as ex-bf zaman cinta monyet pon turut sama turun padang mengamuk
ala-ala pelakon tambahan gitu



dah
baru nak mintak ampun mintak maap
baru muka nak terkencing seluar
baru la nak sorry-sorry bagai
plus
terus panggil aku 'kakak'



HOIH
dah la kau bukan budak area sini
kau hangkut anak dara orang
kau buat pasal plak dengan anak dara orang lain di kawasan anak dara kau hangkut itu tadi
tak ke cari pasal
slamat KL
kalau muafakat masyarakat kampung
lembik la kau




masuk je dalam kereta
abang aku muka panas gila
pastu boleh plak sambung membebel kat aku
apsal yang GARANG tak tentu punca
bahaya!
oh man



dah settle semua
aku fikir benda yang sama

keselamatan aku terancam!



tapi
tadi aku rasa macam comel plak
sebab aku terserempak dengan dorang berdua lagi
terus-terus tegur aku
"samekom kakak, baru balik keje ke. kami sorry ea pasal smalam.saya tau jugak saya salah. saya niat nak bergurau mengusik je.tak sangka jadi kes besar."



aku senyum je
then cakap
'takpe.jangan buat dah. nak org hormat kita, kita kena hormat org dulu.Tuhan bayar sempurna."


ntah la kau ikhlas ke tak
TAPI aku harap-harapnya ikhlas
mungkin selipar aku dah sedut semua sifat jahat ikutan syaiton dalam badan kau
kahkahkahkah



tapi jauh sudut hati
aku takot jugak tentang keselamatan aku


tu la kau
apsal garang sangat????




X_________________X


aku memang tak boleh la orang mulot longkang ni




July 22, 2010

Weekend Yang Cukup Sempurna




Weekend yang cukup sempurna bagi aku
cukup sekadar dapat meluangkan masa dengan adik kesayangan aku ni
sudah
ia sudah sempurna



walau hanya dengan berbaring baring guling-guling dalam bilik je
tetap aku rasa cuti aku terisi
apantah lagi kalau ada peluang masakkan untuk dia
borak sampai lebam lalu tido tak hengat dunia


atau?
keluar merayap tak tentu hala




dia adik yang sangat sempurna untuk aku
walau bukan seperut seibu sebapa
dia adik dunia akhirat aku
sangat senang hati ni tatkala aku di samping dia
tenang
gembira
kuat
bersemangat
rasa disayangi sangat
sampaikan kalau tiada cinta sang lelaki pon
aku tetap rasa sempurna bila dia di sisi aku



ini ke perasaan semua kakak kat dunia ni?



hey
perasaan menjadi seorang kakak itu indah tahu
sangat indah!








July 21, 2010

1 Bulan 21 Hari



1 Bulan 21 hari aku bergelar pekerja di sebuah company swasta
property firm
-end-




selama 1 bulan 21 hari inilah
hari ini hari paling PALAT
paling TAHI
sampaikan aku terasa mahu menjerit biar 1 office tu diam terkejut terpinga
mahu lontarkan segala tekanan segala stress segala 'tahi' yang bersarang dalam hati busuk aku
ya.
hati busuk
sebab aku tak berjaya untuk BERSABAR!




kau boleh timbunkan aku dengan bebanan kerja yang banyak
ya
silakan
aku mahu sahut cabaran itu
akan aku cuba buat sehabis baik



tapi boleh jangan kau sajikan PELBAGAI MOOD untuk sehari-hari aku bekerja?
boleh tak?
Diploma aku bukan untuk sebarang himpunan stress orang
Ijazah aku bukan untuk menghadap sikap 'moody' pelbagai spesis orang
T________T



hoih!!
semua orang kira kanan depan belakang nak pulun MOODY hari ini
memang PALAT
memang TAHI
aku yang paling benci orang moody ni tak payah kau tanya
memang hangin satu badan
geram membebal dalam hati
sampaikan dah tak mampu aku berlakon happy
berlakon selesa
berlakon senang dengan situasi
fuckup!




dan
paling aku tak boleh blah
'tahi' nya hari ini
semua orang moody sampaikan isu toilet pon timbul memanaskan telinga
payah bila kita berlainan adat
berlainan kaum
berlainan cara hidup
spesis aku spesis basuh berak
spesis kau tidak
makanya tolonglah paham
penggunaan air di dalam toilet bagi kegunaan spesis-spesis aku pastinya keutamaan
bukan tisu
takkan la toilet tak boleh nak basah dengan air??
kau gila ke ape??
fuckup!
tahi kot semua ni




semua orang pakat nak moody
sampaikan isu aircond buat aku hampir bertengkar bergaduh
makcik
kau tak mandi ke datang kerja??
asyik panas je 28 jam?
kau tahu tak apa itu SEJUK?
jangan sellfish boleh??
kalau aku ada kuasa
tahu tak apa aku nak buat??
aku nak bakar je aircond tu
biar kau rasa betapa panasnya hati aku tiap kali kau main remote aircond tu suka hati kau
tahi la
aku ni dah macam-macam sakit menyerang
tak paham
tak nampak?
tak dengar ke?



betul
memang betul
kalau kau nak timba ilmu pengalaman semua
kau cari company melayu
anak melayu memang akan tolong anak melayu
kalau kau nak cekap pantas
kau perlu tabah
dengan segala diskriminasi
selagi tak dipijak
terus berjuang
kadang-kadang persaingan itu membina kemajuan
semoga!




aku masih tabah
cuma kali ini agak marah
itu je!




July 20, 2010

d e f g h




saya si PELUPA yang gembira
bilamana ada senyuman yang berjaya diukirkan



^______________^

a b c d e f

I LOVE YOU

beby
cayang
honey
hubby
chenta
sayang
b
c
d
e
f


huh!
fuckup all that shit!!



July 19, 2010

Pergi Jauh Kamu



pergi jauh kamu
sila pergi jauh dari cinta aku




aku masih insan gagal
yang gagal untuk memenuhi hati ini dengan cinta kau
yang masih merangkak sedikit demi sedikit cuba mengosongkan hati
masih tak mampu mengisi
masih tak mampu
aku masih pemilik hati yang gagal



tapi aku sedang cuba
cuma
aku mohon kamu pergi jauh dulu
serahkan saja pada takdir KITA
aku masa ini
terlalu banyak KITA
kita aku dan dia
kita aku dan kamu
kita aku dan sesiapa



aku perlu masa
mencari balik keagungan cinta aku
yang dah tenggelam dek sejarah yang menjajah aku




cukup aku menjadi aku yang sekarang ini
jangan kau bentukkan aku menjadi aku yang kejam
aku jijik
jijik memikirkan kekejaman yang bakal aku lakukan
jika kau masih di situ
jadi aku mohon
pergi jauh dahulu ya?



serahkan pada takdir yang aku jua harapkan adanya 'KITA' di dalamnya
kisah itu pasti sempurna
maaf
hanya ini harapan kecil yang aku bisa ciptakan untuk kamu
selebihnya aku masih mencari
masih mencari
masih menghapus terlalu banyak 'KITA' antara aku dan dia
masih cuba
masih terus cuba
harapnya aku akan berjaya!



maaf



July 18, 2010

Boleh Aku Salahkan Kau?



cinta kau buat aku hipokrit
pelari masalah



kau secara tak sengaja telah membentuk hipokritasi dalam cinta aku
yang dulu suci
yang dulu LURUS
yang dulu luhur
boleh aku salahkan kau??


bila mana lidah aku sudah pandai bermain dengan kata-kata manis
aku buang jauh-jauh rasa bersalah
tatkala berjaya mencuri sedikit ruang di dalam mana-mana hati lain
dan aku kecewakan
dan aku biarkan
dan aku seksakan
semua gara-gara kau!
boleh aku salahkan kau??



impian dah aku campak jauh-jauh dari lubuk hati
minda aku tak lagi aku isi dengan emosi tentang ketidaksempurnaan 'KITA'
aku ambil keputusan untuk biarkan sahaja ia 'cacamarba'
terus dan terus
tak kuasa lagi aku fikir
aku penat
aku letih


aku pencinta yang kurang serius
keadaan memaksa aku untuk berada di situasi ini
tak aku suka
tapi aku perlu begini
harus
boleh aku salahkan kau??



sejarah rampas segala sifat setia aku
sejak mana kelukaan menjajah segenap ruang diri aku
aku benci harapan
aku paksa untuk leburkan segala impian dari benak fikiran
biar hati ini kosong
ya
hampir kosong
kosong yang aku hanya perlu isi
dengan kegembiraan
pelbagai kegembiraan



*sigh

July 17, 2010

Si Kecil Kamu



ABAH
hari ini saat ini saya sangat memerlukan kamu disisi
serius!



membesar tanpa kamu disisi itu sangat menguji saya
hidup saya terlalu banyak beban yang belum mampu saya galas
saya tak sempat diajar kamu cara untuk mengorak langkah memulakan hidup
saya tak berkesempatan menikmati nasihat pengalaman tauladan tentang kehidupan dari kamu
tak pernah sempat
kamu tinggalkan saya selamanya ketika saya masih seorang anak yang tak pernah terfikir apa itu maknanya hidup
duit
tanggungjawab
T_________________T



ABAH
saya masih anak kecil kamu
yang perlu merangkak sendiri mengenal hidup
meniti sendiri risiko hidup
mencari sendiri jalan keluar untuk semua kesulitan
sendiri
semuanya sendiri





saya terlalu mengharapkan kehadiran kamu di sisi saya ketika ini
saat saya masih rapuh
tentang pengurusan hidup
kerana si kecil kamu ini
sangat selesa dibawah didikan kamu
di bawah perlindungan kamu
sangat selesa
dan saya merindui keselesaan itu




abah
adik rindu abah!
sangat



hidup di sini sangat suck!
tanpa kamu
tanpa kamu
tanpa kamu



semoga abah berbahagia di sana
tempat hakiki kita
yang bergelar hambaNya.
amin




July 16, 2010

Gaji Pertama




nak tahu??


percaya atau tidak
seumur hidup aku yang dah nak masuk 24 tahun hujung tahun ni
aku TAK PERNAH beli jam tangan
kahkahkahkah


sumpah aku tak tipu



sejak aku lihat dunia ni
jam tangan bukan sesuatu kemestian bukan sesuatu keutamaan bagi aku


ntah
pelik
aku tak pernah lagi la pegi pasar malam mengamuk guling-guling kat atas jalan nak jam power rangers ke twitty bird ke garfield ke bla bla bla
bapak aku bapak paling cool
relax je kalau bawak aku masuk kedai mana-mana
sebab aku seorang bidak yang tiada keinginan ke atas sebarang jam perhiasan wanita patung BARBIE permainan masak-masak bla bla bla
tak payah kau tanya
dah tau jawapan aku
"e takmau la! tak gheti main!tak gheti pakai"



hidup kecik aku lebih kepada panjat pokok rambutan
main tarzan
kayuh basikal pusing kampung
main bola sepak
main rauders
mancing
saut ikan laga
masuk hutan nipah
gila adventure kan?
paling bodoh permainan aku adalah tangkap pepatung
itu memang paling bodoh
kalau main masak-masak pon
paling cikai memang curi kuali mak aku main masak-masak secara live!
T______________T
Tragis!
patut comot sampai hari ni




REMAJA aku??
lagi simple
nak menggatai dengan jantan seperti makwe-makwe lain aku sangat PEMALU
nama naik dalam perhimpunan sekolah sebab ponteng kelas TAK MALU??
oh itu cool!
kahkahkahkah
pakai bedak putih melepak p sekolah adalah sangat malu
tak pakai stokin pegi sekolah TAK MALU??
oh itu slumber!
dah tu ada ke orang nak??



aku budak comot
kurang comel
tak pandai bergaya
kampung
pemalu dengan jantan!




jadi fashion bergaya bla bla bukan keutamaan



mana la aku sempat nak pikir jam tangan bagai
main belasah je apa yang ada



orang beli aku pakai
rosak masuk air
habis bateri buang
HAHAHAHAHAHA
dan tak pernah menanti kot-kot ada jam tangan baru
gilekan??




aku ingat lagi
Ajie penah tanya aku
aku ni tak suka pakai jam ke
sebab dia tak penah tengok aku pakai jam
aku senyum je masa tu



bila aku sambung degree kat utm
dia hadiahkan aku seutas jam tangan adidas
jam tu la aku blasah pakai sampai sekarang ni
tak pernah tukar bateri
banyak dah laut dia mandi
banyak dah waterfall dia main terjun-terjun
TATAP kukuh
hingga ke hari ini



kalau habis bateri??
tak aku jamin ia masih berfungsi di tangan aku
sebab aku memang macam ni
jam tangan bukan keutamaan bagi aku




dan untuk gaji pertama aku
hasil titik peluh aku
aku memilih untuk membeli seutas jam tangan
sebagai kenangan seumur hidup
aku memilih untuk menjadikan benda yang bukan keutamaan aku sebagai suatu kenangan bermakna dalam hidup aku
suatu pembaharuan hidup




kenapa aku pilih jam tangan??
bukan cincin emas gelang emas bla bla bla



sebabnya
bagi aku itu suatu permulaan untuk aku memikirkan benda-benda yang menjadi keutamaan dalam hidup aku
aku mulakan dengan masa
sebab masa untuk hidup baru aku ini sangat-sangatlah sedikit
berbeza nisbah dengan jumlah tanggungjawab kewajipan yang perlu aku galas



semoga perubahan hidup yang cuba aku bentuk aku bina
akan membuahkan hasil yang baik
untuk aku tuai menjadi sebuah kehidupan yang sederhana tapi cukup sempurna
T______________T



OK
jom balik
dah pokai!



aiyak


Congrat BESTIES On Your Graduation Day





Congratulation BESTIES on your Graduation Day!
Cpoo-Yam-Angah Liza



sorry tak dapat join you guys!
aku keje
T________________T



3 of you!
aku selalu terpisah
KAHKAHKAH
takpe takpe takpe
kasih sayang tu dah aku pahatkan dalam hati sampai bila-bila
kalian sahabat yang aku nobatkan sebagai sahabat karib!



aaaaaaaaaarrrggghhhh!
September ini bakal menyaksikan aku grad tanpa kalian
tak seperti graduation diploma kita dulu



semoga semua berjaya membina hidup
sayang korang!



July 15, 2010

UNSECURED



kadang-kadang aku rasa UNSECURED itu perlu kau pupuk dalam hati kaum ADAM
serius!



di situ sebenarnya kaYu pengukur yang kau boleh tengok samada dia bersungguh atau tidak
betul atau tidak janji yang ditabur
kata-kata paling sweet yang menjadi rencah hubungan
kat situ!


bila ada masa-masa dia rasa UNSECURED
mari tengok
adakah dia cuba untuk menghilangkan rasa tersebut dengan cuba menjadi yang lebih terbaek
atau
LARI DARI RASA ITU



ah
kebanyakkan lari!



dalam hubungan, kaum HAWA ni tak boleh buat salah lansung
kau kena sentiasa SEMPURNA CANTIK BAIK SETIA setiap masa
SETIAP MASA ya
sebab??
sebab kalau dah tercalit 'tahi' kat sifar sempurna cantik baik setia kau tu
orang akan ingat sampai kau mati!
orang dan orang sekeliling



adilkan dunia??




dan dunia jugak
bila perempuan rasa UNSECURED
mana-mana perempuan aku tengok
akan cuba dan terus usaha untuk menjernihkan kembali hubungan mereka
berusaha pada tahap yang paling tertinggi dan terbaek!
sampaikan ada masa-masa
nampak mereka sangat bodoh
aaaaaaaaaaaaaaarrrrggghhh
itu bukan bodoh
tapi semangat yang ada pada wanita
spesis yang tak mudah putus asa
dan hanya mahu hidup senang setiap masa
walaupun kami diciptakan dengan 9 NAFSU!



dah
benda ini aku terpikir dari malam tadi
HAHAHAHAHA
tak tahu kenapa
hal ini yang otak aku nak pikir sampai ke pagi
makanya aku titipkan kat sini



itu saja!
bye!


July 13, 2010

TQ ESPANA Saya!






ESPANA vs ORANJE


saya di Bukit Bintang malam itu
kecewa dgn skrin besar yang buat hal last-last minit
saya ke Pavilion
Cool!~
sama seperti UERO 2008 lalu
saya di sini lagi
melihat dan meraikan kemenangan ESPANA saya



sedikit coretan Final FIFA World Cup 2010


saya BANGGA dan KAGUM dengan kalian ESPANA!
game yang sungguh hebat
kawalan bola yang kemas
defend yang superb
TERBAEK
itu yang layak untuk kalian
tak sia-sia saya SETIA dari dahulu lagi



kita bermula agak slow permulaan FIFA
tapi GEMPAK bila final
yeah!



jom layan gambar mana yang ada


suasana di BB dalam area jam 12
cool!

adikku Ajim rock!

unisha!

Eima Jer!

si comel LUNA!


aweks di PAVILION

Oranje Senorita!

yeah!

cool!

Oranje fans!



itu je setakat ni
maaf
gambar masa SPAIN sumbat goal mmg kau tak akan jumpak la dalam camera aku sebab aku sebok dok melompat kegembiraan!
woah
'feel' tu sama masa UERO dulu
tgk bola kat PAVI mmg cool la
cuma abaikan la keliling kau yang sebok minum tu
janji kau minum mineral water dah
^__________^



puas weh
tak tido terus mandi bersiap pegi opis
tatap aku puas!
=)


ESPANA
tq!

HEART you sooooooooo much!




July 09, 2010

Gadis Melayu Saya







saat aku lemah macam ni
aku sangat mahu BELIAU ini di sisi aku
temankan aku
bergelak ketawa dengan aku
marah aku
nasihat aku



sebab
kata-kata yang keluar dari bibir manis ini lahirnya dari hati suci murni seorang sahabat
yang aku nobatkan sebagai
SAHABAT AKRAB



dia faham kelemahan hati aku
tak pernah sokong aku jika ternyata aku salah



dia penuh dengan kegembiraan aku dalam bersahabat
kegilaan yang boleh buat aku lupa dunia
lupa keperitan
lupa kesesakan minda
lupa penderitaan hati



aaaarrrrrggghhh
aku dan orang kesayangan selalu dipisahkan dengan KILOMETER
benci!



MADU
aku rindu hang!
rindu semangat hang
rindu baran hang!



sebab dengan kamu
aku jadi takut untuk kelihatan LEMAH
makanya aku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk KUAT



rindu!